Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 23, 2011

Mana pergi duit negara beratus Billion?



Persoalan demi persoalan nampaknya harus dijawab oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak berkenaan isu kewangan negara. Baru-baru ini, pendedahan yang dibuat oleh Global Finantial Integrity yang dilaporkan oleh Malaysiakini [Malaysiakini], benar-benar membuatkan ReJaM© terperanjat beruk!

Mana tidaknya, rupa-rupanya aliran wang haram yang keluar dari negara inimeningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri enggan mengulasnya ketika ditanya Jumaat lalu, tetapi memberitahu Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan dengan segera.

Memang tak masuk akal duit sebanyak itu boleh keluar dari Malaysia secara haram tanpa dapat dikesan oleh kerajaan. Kalau duit seposen dua posen, seribu dua ribu yang mengalir keluar secara haram, bolehlah diterima akal bai!

Tapi duit berjumlah ratusan billion boleh keluar secara haram ni apa cerita? Barisan Nasional kata merekalah yang paling pandai memerintah! Merekalah yang paling bijak urus wang negara!

Tapi duit sampai beratus-ratus Billion boleh keluar dari negara secara haram! Perdana Menteri selama ini dok buat apa? Rakyat beri amanah dan kepercayaan untuk jaga harta negara tapi ini jadinya. Tapi media-media pencacai, sibuk dok canang Perdana Menteri sebagai pemimpin bijak!

ReJaM© "Kesian orang kampung kena tipu!"

rom MiLo SuaM 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular