Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

Klip Video - Scandal Pulau Jerejak pulakdah!!


Bagi yang berada diluar Pulau Pinang mungkin tidak mengetahui, ketika Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang beliau dianggap sebagai Melayu oleh penyokong UMNO, kerana apabila Lim Guan Eng pula dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mereka berkata "Elok la tu.. bagi kat Cina Pulau Pinang ni..." dan mereka juga bertanya "Awat hangpa bagi Cina jadi Ketua Menteri?"

Skandal Pulau Jerejak Merugikan Rakyat Pulau Pinang Sebanyak RM30 Juta

Skandal Pulau Jerejak Sebenarnya Melibatkan Kerugian Kepada Rakyat Pulau Pinang Sebanyak RM30 Juta Dengan RM10.6 Juta Premium Tanah Masih Tidak Dibayar Oleh Syarikat Tropical Island Resort(TIR) Disamping Kerugian PDC Sebanyak RM19 Juta.

Skandal pemberian Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority(UDA) oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di bawah pemerintahan kerajaan BN sebenarnya melibatkan kerugian kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM30 juta. Ini adalah kerana selain daripada kerugian RM 19 juta yang ditanggung oleh PDC, kerajaan negeri pun rugi bila RM10.6 juta premium tanah masih tidak dibayar oleh TIR kepada Pejabat Pentadbir Tanah Pulau Pinang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon telah membuat tuduhan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang tentang salah pengurusan jeti berlepas Pulau Jerejak dan Bayan Bay serta syarikat Tropical Island Resort(TIR) semasa menghadiri bengkel BN pada hari Ahad ini. Beliau tidak puashati kerana bot ke Pulau Jerejak lambat dan ada ular dalam bilik stor di TIR.


Popout

Semalam saya telah mengingatkan Koh Tsu Koon bahawa jeti berlepas Bayan Bay dan Pulau Jerejak adalah di bawah TIR dan bukan di bawah pengurusan kerajaan negeri PR. TIR dimiliki 51% oleh UDA dan 49% oleh PDC. Hampir semua tanah yang boleh digunakan di Pulau Jerejak telah pun diserahkan oleh Koh kepada UDA semasa BN memerintah. Yang teruk lagi ialah pelaburan PDC sebanyak RM15.435 juta dalam TIR dan pinjaman kepada TIR RM3.6 juta menjadikan keseluruhannya RM19juta tidak boleh didapat balik.

Malangnya saya telah buat kesilapan kerana kerugian keseluruhan kepada kerajaan negeri bukanlah setakat RM 19 juta oleh PDC. Tetapi ada lagi kerugian RM10.6 juta oleh kerajaan negeri menerusi Pentadbir Tanah & Galian Pulau Pinang kerana kegagalan TIR membuat bayaran premium tanah untuk 80 ekar tanah di Pulau Jerejak yang diberikan.

Macam mana Tan Sri Dr Koh boleh menjadi Menteri KPI yang professional, bertanggungjawab dan baik sekiranya beliau tidak mahu bertanggungjawab atas skandal RM 30 juta ini dan enggan memberi penjelasan. Sebaliknya beliau terus mempersalahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang atas masalah dalam jeti berlepas Bayan Bay dan Pulau Jerejak serta pengurusan syarikat TIR bila semua diluluskan di bawah BN oleh beliau dari tahun 1992-2007 kepada UDA menerusi TIR.

Laporan kedudukan tanah adalah dikepilkan bersama.

LAPORAN SKANDAL HUTANG PREMIUM TANAH RM10.6 JUTA :-
ISU GERAN TANAH DIKELUARKAN KEPADA TROPICAL ISLAND RESORT SDN BHD (TIR) SEBELUM PREMIUM TANAH DIJELASKAN

Isu Tanah RM10.6 Juta

Permohonan tanah di Pulau Jerejak telah dibuat oleh TIR pada 19 November 1997 dan kelulusan oleh Kerajaan Negeri telah diperolehi pada 15 Januari 2001. Tempoh pajakan adalah selama 60 tahun yang akan tamat tempohnya pada 10 Oktober 2062.

Jumlah premium tanah yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri ialah RM12.95 juta (iaitu RM3.72 skp) bagi tanah berkeluasan 80 ekar. Kadar faedah yang dikenakan ialah 4% setahun dan tempoh pembayaran balik ialah dari tahun 2004 sehingga 2013 (selama 10 tahun). Setakat ini, jumlah yang telah dibayar oleh TIR adalah sebanyak RM4.63 juta (termasuk faedah sebanyak RM0.47 juta). Baki yang masih belum dijelaskan adalah sebanyak RM10.60 juta (termasuk faedah sebanyak RM1.81 juta). TIR tidak mampu membayar ansuran mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri disebabkan oleh prestasi kewangan syarikat yang tidak baik.

Pada 3/1/2001, Exco telah membuat keputusan bahawa TIR diberikan geran hak milik sebaik sahaja ansuran pertama sungguhpun tidak dijelaskan dengan sepenuhnya. Ini berlawanan dengan amalan biasa di bawah seksyen 180 Kanun Tanah Negara bahawa Pentadbir Tanah hanya boleh keluarkan geran apabila bayaran premium dijelaskan dengan sepenuhnya.

Sebagai rumusan geran tanah tidak sepatutnya dikeluarkan sehingga premium tanah dibayar penuh supaya tidak berlaku hutang bayaran premium. Keputusan Exco meluluskan geran tanah dikeluarkan tanpa bayaran penuh dikutip menyebabkan tunggakan hutang RM10.6 juta daripada TIR sejak tahun 2004 yang tidak pasti sama ada akan dibayar atau tidak.

Kos Pelaburan PDC RM 15.435 Juta

Modal berbayar TIR adalah sebanyak RM31.5 juta. Kos pelaburan PDC berdasarkan ekuiti 49% adalah sebanyak RM15.435 juta.

Pinjaman Pemegang Saham oleh PDC RM3.6 Juta

Pada 28 Disember 2007, PDC telah memberi pinjaman pemegang saham sebanyak RM3.41 juta kepada TIR untuk menampung kos operasi syarikat. Keseluruhan jumlah tersebut sebanyak RM3.60 juta (termasuk faedah sebanyak RM193,553 atas kadar faedah 3.5% setahun) masih belum dijelaskan. Kadar faedah yang sama juga dikenakan oleh UDA bagi pinjaman mereka kepada TIR.

Rumusan

Dengan kata lain, jumlah keseluruhan besar kerugian yang dihadapi oleh PDC dan Kerajaan Negeri (menerusi PTG) berkaitan dengan skandal kelulusan tanah Pulau Jerejak kepada TIR adalah sebanyak RM30 juta.

Kenyataan Akhbar Daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Pada 13.1.2011 Di Komtar, George Town   by Anak Sungai Derhaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular