Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

Khusrin Mungkin Guna Polis Untuk Gagalkan Persidangan Tergempar DUN 24 Januari Ini


NOTA EDITOR: Maklumat ini Tulang Besi dapat dari seorang pembaca yang menghantar email kepada Tulang Besi. Namun penghantar email ini cuma menamakan diri beliau "Simpatisan MB Selangor Dalam UMNO"sahaja. Tulang Besi tidak dapat memastikan kesahihan khabar ini. Namun dari pengalaman Pakatan Rakyat di Perak, perkara ini tidak mustahil. Terpulang kepada para pembaca untuk mempercayainya.
Assalamualaikum Tuan Haji Tulang Besi,

Saya orang dalaman UMNO. Tapi, saya juga adalah peminat blog tuan. Saya nak bagitau Tulang Besi ada desas desus Khusrin akan menggunakan PDRM untuk halang Sidang DUN tergempar 24 Januari nanti. Alasanya Sidang DUN itu akan membincangkan perkara yang tidak diperkenankan oleh Duli Tuanku Sultan Selangor.

Oleh kerana perlantikan Khusrin ini dianggap "sah" setakat ini, PDRM tidak akan teragak-agak untuk bertindak mengikut arahan SUK. Setakat itu buat masa ini. Kalau ada maklumat lain, saya akan bagitau Tuan Haji Tulang Besi kelak.

Wassalam

"Simpatisan MB Selangor Dalam UMNO"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular