Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

Ketepi ideologi untuk tuntut hak – Anak


LABIS: Peneroka Felda perlu mengenepikan ideologi politik masing-masing jika mahu hak yang dinafikan selama ini dikembalikan semula kepada peneroka, jangan jadikan fahaman politik ini sebagai penghalang kepada perjuangan menuntut hak kerana yang akan rugi adalah peneroka itu sendiri.


Sekiranya perbezaannfahaman politik ini terus menjadi penghalang maka sampai bila-bila pun suara serta tuntutan peneroka tidak akan didengar atau dilayan kerajaan sebaliknya jika seluruh peneroka di negara ini bersatu dalam satu wadah perjuangan nescaya, kerajaan akan memberi perhatian yang serius kepada warga peneroka.

“Tidak kira sama ada kita menyokong PAS atau Umno, apa yang penting kita semua mestilah bersatu bagi memperjuangkan nasib kita dan juga masa depan generasi kita,” kata Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, di sini, baru-baru ini.

Jelas beliau, Anak ditubuhkan bukan sahaja untuk membela nasib peneroka yang tertindas sejak berpuluhpuluh tahun lalu malah Anak juga ingin memastikan nasib kira-kira 1.6 juta generasi kedua felda benar-benar terjamin.

Bagaimanapun menurut Mazlan, hasrat tersebut amat sukar untuk dicapai sekiranya fahaman politik ini terus membelenggu pemikiran peneroka yang mungkin dipengaruhi pihak-pihak tertentu.

“Ketepikanlah buat sementara waktu fahaman politik ini, apa yang penting kita semua mesti bersatu menuntut hak kita yang telah sekian lama dicabuli, jangan jadikan fahaman politik ini sebagai kekangan untuk menuntut hak kita,” katanya ketika merasmikan Pejabat Operasi Anak cawangan Felda
Chempelak, dekat sini, 7 Januari lalu.

Selanjutnya kata Mazlan, memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan di kalangan peneroka dan juga generasi kedua Felda, Anak bercadang untuk menubuhkan 20 lagi cawangan di seluruh negara pada 2011 ini.

“Penubuhan lebih banyak lagi cawangan Anak ini sangat penting supaya suara serta luahan ketidakpuasan hati peneroka ini dapat diberi perhatian dan seterusnya diambil tindakan sewajarnya.

Selama ini peneroka tidak tahu kepada siapa hendak mengadu masalah mereka selain Felda sedangkan Felda pula tidak mengendahkan langsung masalah peneroka,” katanya.

Jelas Mazlan lagi, setakat ini Anak telah berjaya membongkar beberapa kes yang membabitkan penyelewengan, penipuan serta penafian hak peneroka malah terdapat beberapa kes yang dibawa ke Mahkamah, telah memihak kepada peneroka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular