Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

Kemelut SUK: Rakaman audio buktikan Malaysiakini 'cuba-cuba' 'tikam' PAS Selangor ?


Tak payah Najib kata Selangor nadi ekonomi negara.....orang yang tak belajar ekonomi pun tahu Selangor adalah jantung hati Malaysia.

Apabila Selangor tumbang dalam PRU12, maka merintihlah puak-puak Umno sehingga Presidennya seolah-olah bersumpah akan mengambil balik 'by hook or by crook'.

Seperti biasa media pencacainya akan memainkan peranan seperti biasa mengharu birukan Kerajaan Pakatan Rakyat.

DAP digoncang dengan amat hebat sehingga ter'jatuh' orangnya sehingga sekarang tidak tahu siapa pelakonnya kerana keputusan inkues menyatakan si mangsa tidak membunuh diri dan tidak di bunuh. Ah peliknya?

PKR juga dihuru-harakan.....ditambah pula satu dua kerat yang kurang bijak berpolitik dikaca mata umum tapi amat licik untuk menaikkan diri dirinya.

Umno tidak berjaya menggegarkan PAS.....tapi memadai mengwujudkan perasaan curiga di kalangan Pakatan Rakyat.

Apabila rakan-rakan PKR dan DAP sudah merasa sangsi dengan PAS maka ini sudah satu kejayaan besar bagi Umno.

Yang malangnya pimpinan PAS peringkat Pusat......sesetengahnya termakan jarum ancuman daripada beberapa pimpinan PAS lain yang mempunyai agenda peribadi.....ada yang terus percaya laporan media pencacai dan blog pencacai malah dari blog PAS atau Pakatan yang lain.

Menambah parah lagi apabila media alternatif turut mensensasikan sesuatu berita samada sengaja atau tak sengaja mengwujudkan suasana sangsi dan curiga sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat.

Sesetengah blog pendokong PAS dan blog Pakatan yang lain turut sama diseret emosinya tanpa usul periksa kebenarannya terus membuat entri yang amat men'gembira'kan Umno.

Kemelut perlantikan SUK Selangor turut disensasi berlebihan oleh media alternatif sehingga mengheret dan mencetuskan bibit-bibit atau bunga perpecahan di antara PAS dan rakan-rakan yang lain agar sentiasa bertelagah dan saling curiga mencurigai di antara satu sama lain sehingga sesetengah blogger mengatakan Persuruhjayanya Datuk Hassan Ali menikam belakang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Laporan Malaysiakini amat berlainan sekali dengan apa yang ditulis oleh orang yang dari awal hingga akhir berada di sisi Datuk Hassan ketika membuat kenyataan akhbar.....malah rakaman audio ada dibuat yang antara lain Datuk Hassan tidak pernah mengatakan bahawa PAS Selangor bersedia menerima Khusrin apalagi membuat pendirian yang bertentangan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. [Sila juga baca DI SINI.]

Di bawah adalah tulisan yang asal darinya (Dengan ihsan Roslan SMS):

Malaysiakini seangkatan Utusan Malaysia?

Malaysiakini ternyata memiliki agenda untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Datuk Dr Hasan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor. Saya nyatakan ini berdasarkan laporan terkini portal berita itu berhubung sidang akhbar yang diadakan oleh PAS Selangor di Pusat Khidmat ADUN Gombak Setia jam 11.30 pagi tadi. Malaysiakini versi Bahasa Inggeris membawa tajuk:

Selangor PAS now warms to Khusrin (PAS Selangor kini menerima Khusrin)

Saya hadir dalam sidang akhbar tersebut dari awal ke akhir malah memiliki rakaman audio sebahagian besar rakaman sidang akhbar itu. Tidak pernah sepanjang sidang berkenaan Dato Dr Hasan atau mana-mana pimpinan PAS Selangor yang hadir menyatakan bahawa PAS Selangor bersedia menerima Khusrin apalagi membuat pendirian yang bertentangan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Malah Dato Hasan secara terbuka menyatakan bahawa beliau sepanjang menjadi EXCO Agama dan ketika Khusrin menjadi Pengarah JAIS memang mempunyai banyak perbezaan khasnya dalam hal pendekatan dengan Khusrin. Khusrin kata Dato Hasan sekadar melihat sesuatu isu dalam perspektif seorang pentadbir dan kerana itu banyak bercanggah pandangan dengan beliau.

Kalau dibaca satu persatu laporan yang disediakan oleh Hazlan Zakaria dari Malaysiakini itu tidak nampak pun mana-mana baris secara spesifik Dato Hasan atau PAS Selangor menyatakan yang Khusrin diterima malangnya ia memilih tajuk di atas sebagai modal laporannya dan ternyuata ia suatu fitnah yang amat berbahaya.

Sangka saya cuma media arus perdana yang dikuasai Umno dan BN sahaja punya kualiti penulisan tahap tidak bermoral seperti itu rupa-rupanya media alternatif juga ada yang tidak terkecuali.

Akibatnya satu demi satu ruangan komentar di bawah artikel itu menyerang dan memukul Dato Hasan dan PAS Selangor sedangkan hakikatnya tidak ada pun kenyataan sebegitu yang dibuat.

Tahniah Malaysiakini kerana anda kini sudah seangkatan dengan Utusan Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular