Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

Isu SUK: Adun Sri Muda jelas secara terperinci melalui surat


Shuhaimi bersama pemimpin KEADILAN menuju ke IPD Shah Alam

SHAH ALAM, 13 Jan – Bagi menjelaskan secara terperinci mengenai tulisan dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei, telah merangka surat bagi memohon menghadap baginda.
Orang ramai turut menurunkan tandatangan tanda meyokong kepimpinan Pakatan dan MB
Shuhaimi berkata, surat tersebut akan diserahkan dalam tempoh terdekat bagi mendapat perkenan Sultan Selangor bagi menjelaskan tulisannya.
“Berikutan kenyataan itu, saya sedang buat draf surat untuk diserahkan kepada Sultan Selangor bagi menjelaskan maksud sebenar tulisan saya.
“Saya masih lagi membuat draf … nak tulis surat kepada sultan kena tulis elok-elok. Nanti salah pula,” katanya selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam berhubung tulisan dalam blognya yang menyentuh isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.
Sebanyak 25 laporan polis telah dibuat terhadap Shuhaimi berhubung isu itu.
Shuhaimi tiba di IPD Shah Alam kira-kira pukul 4 petang dengan ditemani peguam R. Sivarasa, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Amer Hamzah Arshad untuk memberikan keterangan dan keluar kira-kira pukul 6.30 petang.

Kumpulan penyokong hadir memberi sokongan di depan perkarangan IPD
Seramai 100 orang mengiringi Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) Kota Raja sebagai tanda sokongan.
Tambah Shuhaimi, beliau bersedia memohon maaf kepada Sultan Selangor sekiranya baginda tersinggung dengan tulisan dalam blognya yang bertarikh 30 Disember lalu.
Ini kali pertama Shuhaimi bercakap kepada media selepas kontroversi tulisannya yang turut dikecam hebat Umno-Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Perkasa dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).
“Sekiranya baginda rasa tersinggung sebagai rakyat yang setia, wakil rakyat yang dipilih rakyat dan sebagai orang Melayu saya akan memohon maaf.
“Saya akan minta maaf kalau Sultan rasa tersinggung, saya tengah draf lagi surat itu… nanti saya akan maklumkan.” katanya dipetik dari The Malaysian Insider
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular