Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

Foto Jeming Hasan - BONGKAR


Gambar ke26 daripada 59   Kembali ke Album · Foto Jeming · Profil Jeming


Klik pada wajah di foto untuk menanda mereka.
Mohd Safuan Hilmi telah pun memadamkan akaun facebooknya.

Adakah dengan cara memadamkan facebooknya itu kita semua dapat memaafkannya. Isu Mohd Safuan Hilmi ini mengatakan mahu membunuh tok guru dan menyamakan tok guru dengan syaitan bahkan tok guru kesayangan kita ini tidak layak hidup di muka bumi ALLAH swt ini sangat-sangat keterlalaun dan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia khususnya Kelantan yang sayang kepada tok guru kita ini.

Beliau juga dengan beraninya sanggup dihukum gantung untuk membunuh tok guru dan menyamakan tok guru dengan dajal. Kelakuannya ini sudah melampaui batasan dan boleh menimbulkan kemarahan yang melampau dikalangan fanatik tok guru.

Aku merayu kepada pejabat dun cempaka iaitu dun tok guru sendiri, ahli-ahli dun kelantan yang sayangkan tok guru supaya membuat laporan polis kerana kenyataannya ini sudah melampaui batasan dan mengugut untuk membunuh tok guru.

Kami semua menyokong jika kes ini dirujuk kepada pihak polis kerana perkara ini sangat sensitif dan mampu menimbulkan ketegangan. Bukanlah mahu membesar-besarkan isu tetapi dengan membuat laporan polis kes seperti ini tidak lagi akan berulang. Walaupun mungkin perkara ini hanyalah gurauan atau mainan kata-katanya sahaja, tetapi perkara ini sangat serius dan kita berharap selepas ini para pemilik akaun facebook yang lain akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular