Sebuah kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan blogger bebas, (Kubid) mencadangkan dan bersedia menganjurkan debat terbuka antara Calon BN, Datuk Ai dan Calon PAS, Cikgu Mala untuk menjelaskan isu-isu tempatan di kawasan DUN Tenang kepada para penduduk dan pengundi di sana.
Seorang individu yang mewakili Kubid, Sariffudin Abdullah berkata, perdebatan ini membolehkan para pengundi menilai apakah usaha-usaha dan arah perjuangan yang bakal dilakukan oleh kedua-dua calon sekiranya salah seorang terpilih menjadi wakil rakyat untuk mewakili mereka di dewan Negeri Johor. [Malaysian Insider]
Adakah Calon BN akan mengikuti jejak langkah pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang sentiasa berdolak dalik jika diajak berdebat? Tentu sekali perdebatan menarik dapat dilihat antara bekas guru cemerlang Cikgu Mala, dan Calon BN Datuk Ai, Bekas Timbalan Pegawai Daerah yang terpalit dengan isu tanah dan akan dibicarakan pada 7 Febuari 2011 ini.
Kita nantikan jawapan daripada kedua-dua calon, perdebatan ini tentu sekali akan menjadi platform yang sangat baik untuk dinilai oleh para pengundi di DUN Tenang.
ReJaM© "Seorang lagi kawan ReJaM berikrar akan makan mee lalu hidung kalau Datuk Ai berani berdebat dengan Cikgu Mala kah kah kah...." by ReJaM©