Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

Cukai perkhidmatan naik mulai 1 Feb 2011


Kali ini MiLo SuaM nak hebahkan satu berita baik untuk penyokong-penyokong kerajaan Satu Malaysia yang kaya raya, yang juga merupakan berita baik untuk penyokong-penyokong dari golongan rakyat miskin. Kadar bayaran bil pengguna telefon akan melambung mulai 1 Febuari 2011 ini berikutan Kerajaan Satu Malaysia Najib telah menaikkan kadar cukai yang harus dibayar kepada kerajaan. Sila rujuk pengumuman bertulis yang dipetik dari bil maxis berikut.

Untuk maklumat lanjut, anda dipersilakan menghubungi sendiri khidmat pelanggan Maxis.

Apapun ReJaM nak ucapkan tahniah untuk berita baik ini kepada penyokong-penyokong Kerajaan Satu Malaysia yang kaya raya dan selama ini pening kepala mencari jalan bagaimana untuk menghabiskan duit anda. Inilah masanya untuk anda berbakti kepada kerajaan kebanggaan anda yang sudah semakin kekurangan duit untuk menganjurkan pilihanraya.

Bagi penyokong Kerajaan yang miskin, (ada juga penyokong kerajaan satu Malaysia yang miskin) pula, ini juga berita baik untuk anda, kerana inilah masanya anda menunjukkan taat setia kepada kerajaan. Sebagai rakyat yang taat setia kepada kerajaan, anda wajib bersedia untuk berkorban, terkorban, dan dikorbankan oleh kerajaan demi memastikan kemenangan Kerajaan Barisan Nasional!

Pasti penyokong-penyokong kerajaan sedang terlompat-lompat kerana terlalu gembira mendengarkan berita ini, seruan bakti kepada kerajaan sudah tiba (bagi golongan kaya) juga seruan untuk mengorbankan anda juga sudah menjelma (bagi golongan miskin). Anda tidak perlu risau dan menunggu-nunggu untuk dikorbankan oleh kerajaan, kerana ReJaM akan maklumkan lebih banyak lagi kenaikkan harga barang-barang dan perkhidmatan dalam masa terdekat ini berikutan peningkatan cukai yang mendadak.

SUMBER

ReJaM© "Kalau duit masih banyak lagi jangan lupa belanja ReJaM, ReJaM ni orang miskin je..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular