Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 26, 2011

Bodoh punya menteri kata PR banyak main politik tapi Umno banyak main pondan


WarkahDaily – Bodoh dan bangang menteri ni sorang. Dah habis modal dah nak lawan Pakatan Rakyat Selangor. Semuanya nak bagi rakyat lupa pasal penderhakaan dan penghinaan Adun-Adun Umno-BN terhadap Sultan Selangor tempoh hari dalam persidangan DUN Selangor.

Hang jangan ingat rakyat tak reti nak menilai tentang penghinaan yang pemimpin Umno lakukan tu. Oleh kerana tiada modal untuk balas hujah, duk sibuk pulak arahkan kerajaan PR Selangor jangan banyak main politik dan beri tumpuan kepada pentadbiran negeri.

Woi!...sekarang ni, siapa yang datang ganggu pentadbiran kerajaan PR Selangor dengan melantik SUK tanpa ada pertemuan dahulu (perbincangan) dengan tuan punya rumah (MB Selangor)?

Hangpa jangan ingat orang lain tak tahu tujuan hangpa buat macam tu. Hangpa sengaja lantik orang yang boleh jadi duri dalam daging kepada kerajaan PR di Selangor. Sebab hangpa memang nak kucar-kacirkan negeri PR.

Jadi secara sahihnya, yang banyak berpolitik dan memporak-perandakan negeri Selangor ialah hangpa, Umno-BN.

Tak boleh rampas negeri secara gentle, kamu mahu rampas secara ‘betina’ pulak dah. Hangpa memang pondanlah.

Nak tengok bukti, hangpa lihatlah apa dah jadi dengan kerajaan PR Perak sebelum ini. Sejarah dah tercatat, Umno-BN lah yang merampas secara tidak bertamadun kerajaan Perak dari PR seperti komunis.

Sepatutnya Shafie Apdal kena bukak mata besar-besar, tengok siapa yang banyak berpolitik berbanding bekerja untuk rakyat. Dalam masa yang sama, nasihatlah dulu pemimpin-pemimpin tertinggi Umno-BN termasuk diri anda agar tidak banyak berpolitik berbanding menjaga kebajikan rakyat.

Satu lagi, berhentilah usaha busuk pemimpin anda untuk merampas negeri Selangor dari PR secara pondan agar kerajaan PR Selangor boleh memberi tumpuan terhadap kebajikan rakyat sepenuhnya.

Kalau hangpa nak sangat memerintah Selangor semula, hangpa tunggulah pilihanraya umum akan datang secara demokrasi dan gentle. Kalau dah tak nyempat nak tunggu, pi jumpa Najib, mintak dia awalkan pilihanraya umum ke 13 dan tetapkan tarikh cepat-cepat. Ada berani!
Bernama - Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat seharusnya menumpukan kepada soal pentadbiran negeri dan tidak terlalu banyak bermain politik bagi mengelak keadaan kucar-kacir di negeri itu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

"Saya ingat cukuplah. Tadbirlah negeri Selangor ini dengan baik dan jangan banyak sangat berpolitik. Apa yang penting tunaikan janji-janji yang ada. Janji sedia ada pun tak tunai lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) hari ini.

Shafie berkata, sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bertujuan bagi mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai tertinggi kerajaan negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang kepada Sultan dan Menteri Besar juga tidak seharusnya diadakan kerana kerajaan Selangor tahu bahawa majoriti dua pertiga tidak akan dapat diperoleh untuk membolehkan pindaan itu diluluskan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular