from DUNIACACAMARBA by Tayadih Maysia
Saya petik:
[BH] ALOR GAJAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.
"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri Lendu hari ini....
P/s: Fuh, jaga-jaga! Pak cik, atuk yang mahu ke ladang getah, ke ladang sawit, hati-hati JPJ mungkin menunggu anda di pinggir ladang. Abang, kakak yang mahu ke kolam ikan, ke kebun sayur, ke kebun buah, ke sawah padi, baik-baik JPJ mungkin mahu memeriksa kenderaan anda. Saudara-saudari yang mahu bersiar-siar di taman perumahan, hati-hati JPJ mungkin melakukan sekatan jalan raya di depan rumah anda.
Pelik? Jangan berasa pelik selepas ini!
Maaflah, langkah JPJ ini sudah dilihat keterlaluan dan badan penguatkuasaan lalu lintas ini seolah-olah dilihat sebagai badan yang ditugaskan untuk mengutip dana untuk kerajaan melalui saman dan sebagainya.
Kita menghargai langkah JPJ melakukan langkah penguatkuasaan di jalan persekutuan, jalan perbandaran, lebuh raya, dan jalan negeri namun cuba-cubalah fikir, berapa banyak kemalangan maut yang melibatkan pengguna kenderaan di jalan-jalan ladang atau di jalan kampung?