gua pun sebenarnya dah lupa
sebab?
lepas gua pergi check gua punya darah n DNA, doktor bilang dalam tubuh gua ada "sesuatu"
perhh..gua dengar jer perkataan "sesuatu" terus gua terkedu
manalah tahu kot2 ada penyakit berbahaya
doktor cakap tak perlu bimbang pasal penyakit ni penyakit keturunan
mulanya doktor tak nak cakap gua punya penyakit keturunan ni
tapi gua terus 'tekan' doktor ni persis polis dalam kes memali
last2 ni la jawapannya
GUA ADALAH MELAYU
bak kata madey "Melayu Mudah Lupa". kahkahkah - by
Berukuran 8.9 pada skala Richter, ia merupakan gegaran yang amat dahsyat lebih-lebih lagi ia terjadi di dasar lautan. Jika dikira mengikut prinsip bacaan pada skala Richter, 2 adalah sepuluh kali lebih besar dari 1, 3 seratus kali dari 2, 4 seribu kali dari 3, 5 sepuluh-ribu kali dari 4 dan begitulah seterusnya. Bayangkan bacaan yang hampir 9. Entah berapa kali ganda lagi menurut prinsip logaritma ini. Ia bukan semudah 9 hanya lebih satu dari 8!!!
"Pada waktu kejadian, lebih kurang pukul 2.00 ptg waktu tempatan, saya sedang membuat penggambaran video perkahwinan seorang rakan saya. Saya tak menonton TV, kerana sibuk dengan tugas saya pada hari itu. Jadi saya agak terlewat mendengar berita yang mengejutkan itu. Setelah selesai dan terasa penat, saya pulang ke rumah lebih kurang pukul 5 petang. Saya ambil masa untuk berehat sebentar, kemudian saya ke tempat kerja pada pukul 6.30 petang.
Angka kematian bertambah dari hari ke hari. Mayat ditemui terapung di tengah lautan, terperangkap di celah-celah runtuhan bangunan, tersangkut dan sebagainya. Ada yang masih sempurna dan ada yang tak cukup sifat lagi. Ada yang tak dapat dicam lagi oleh ahli keluarga sendiri kerana rupa mayat tidak lagi normal. Bangunan-bangunan, rumah-rumah, kenderaan, bot-bot nelayan, malah jalanraya dan jambatan rosak teruk dihempas kuasa ombak yang tak dapat dijangka oleh sesiapapun. Ini memang bencana yang dahsyat.
Tetapi ada sedikit perkara yang menimbulkan kemarahan kita. Di samping melancarkan kempen derma, sebuah stesen TV tempatan masih sibuk mempromosikan rancangan berpesta untuk menyambut tahun baru. Mereka juga sebelum ini (sebelum kejadian Tsunami) pernah dengan riak mempromosikan Pesta Pulau Pinang dengan ungkapan 'Mai Datang Penang', seolah-olah mereka yang tak pergi tak dapat merasa betapa seronoknya berpesta.
(Sebagai tambahan, penduduk negara ini bertambah marah apabila pasukan bolasepak negara kita juga mengalami Tsunami gol apabila tewas kepada Indonesia dalam pusingan Separuh Akhir Bolasepak Piala Tiger!)
Malaysia yang selama ini dibangga kerana aman sejahtera, tiada malapetaka dan peperangan tiba-tiba tersentak oleh tragedi ini. Rantau sebelah sini yang meliputi zon Sumatera, India, Thailand dan pantai barat Malaysia gagal dalam memberikan maklumat awal akan kehadiran ombak besar ini kerana tidak dilengkapi sistem amaran yang sepatutnya. Mungkin kerana tiada siapa yang menjangka ia boleh berlaku di sini, maka menganggap sistem sedemikian tidak diperlukan.
Maka di sini, kita dapat tahu bahawa Allah Maha Mengetahui. Dia tidak menghendakkan sesuatu itu berlaku secara tiba-tiba. Dia memberi tanda atau alamat sebelum sesuatu kejadian. Hanya mereka yang berilmu dan ingin belajar sahaja mendapat isyarat awal dari Allah S.W.T. Tetapi manusia yang memang mempunyai sikap tamak cepat alpa.
Ombak kedua yang datang mula mengganas tidak mengira mangsa. Ia merempuh apa sahaja di hadapannya. Bangunan, rumah, kenderaan, tiang telefon, kedai, hotel, resort dan apa saja. Tingginya tidak dijangka. Ada yang mencecah 10 hingga 15 meter.
Kesan sesudah Tsunami yang paling teruk dialami Aceh. Anggaran terakhir korban mencecah ratusan ribu nyawa. Akhirnya pihak berkuasa Indonesia mengumumkan supaya kiraan jumlah kematian dihentikan kerana adalah mustahil kerana banyak jasad yang sudah disemadikan terlebih dahulu ke dalam kubur besar untuk mengelak jangkitan penyakit.

YANG NI JE GUA JUMPA
PopoutTarikh 26 Disember 2004 sudah pasti menjadi tarikh yang tak dapat dilupakan kebanyakan orang lebih-lebih lagi mereka yang pernah mengalami sendiri bencana ini.
Berukuran 8.9 pada skala Richter, ia merupakan gegaran yang amat dahsyat lebih-lebih lagi ia terjadi di dasar lautan. Jika dikira mengikut prinsip bacaan pada skala Richter, 2 adalah sepuluh kali lebih besar dari 1, 3 seratus kali dari 2, 4 seribu kali dari 3, 5 sepuluh-ribu kali dari 4 dan begitulah seterusnya. Bayangkan bacaan yang hampir 9. Entah berapa kali ganda lagi menurut prinsip logaritma ini. Ia bukan semudah 9 hanya lebih satu dari 8!!!
Satu siri gempa bumi yang terjadi di dasar laut Lautan Hindi dan Kepulauan Andaman bergabung menghasilkan gelombang besar ombak lalu bergerak menuju kawasan persisiran pantai di sekitarnya iaitu di utara Sumatera, Sri Lanka, selatan India, Pulau Phuket di Thailand dan yang mengejutkan Pulau Pinang dan Kota Kuala Muda di Kedah. Kawasan-kawasan ini memang hampir dengan pusat gempa bumi dan terdedah kepada Lautan Hindi.
Gelombang besar ini lalu bergerak menuju ke kawasan pantai dengan membawa kuasa yang hebat yang memusnahkan. Pada masa itu, penganut Kristian baru semalam merayakan Hari Krismas, manakala negara kita Malaysia seperti sediakala sedang sibuk membuat persediaan untuk berpesta menyambut kedatangan Tahun Baru 2005.
"Pada waktu kejadian, lebih kurang pukul 2.00 ptg waktu tempatan, saya sedang membuat penggambaran video perkahwinan seorang rakan saya. Saya tak menonton TV, kerana sibuk dengan tugas saya pada hari itu. Jadi saya agak terlewat mendengar berita yang mengejutkan itu. Setelah selesai dan terasa penat, saya pulang ke rumah lebih kurang pukul 5 petang. Saya ambil masa untuk berehat sebentar, kemudian saya ke tempat kerja pada pukul 6.30 petang.
Sampai di tempat kerja, saya terima SMS dari seorang sahabat memberitahu tragedi kematian beberapa orang di Pulau Pinang kerana dipukul ombak besar. Menurut SMS itu, air laut sudah melimpah naik menenggelami pantai Batu Feringghi. Mulanya saya sangka ia hanya gurauan. Kemudian sampai lagi SMS seterusnya menyatakan penambahan jumlah kematian.
Saya mula merasakan ia bukan lagi gurauan dan fikiran mula teringatkan filem "The Day After Tomorrow" yang baru ditayangkan tak lama dahulu - bagaimana dahsyatnya air laut dalam jumlah besar menenggelami sebuah bandaraya yang padat dengan manusia, apakah ia benar-benar terjadi sekarang? Di negara ini?"
"Setelah pulang ke rumah, saya buka TV dan menunggu saat siaran berita. Memang sah ia berita yang tak dapat disangkal lagi. Saya masuk internet untuk mengetahui lebih lanjut. Barulah saya tahu apa yang sedang berlaku. Hari demi hari, sehingga masuk minggu ketiga saya mengikuti perkembangan sesudah mala petaka ini sama ada melalui TV, melayari internet dan mendengar radio di dalam kereta."
Angka kematian bertambah dari hari ke hari. Mayat ditemui terapung di tengah lautan, terperangkap di celah-celah runtuhan bangunan, tersangkut dan sebagainya. Ada yang masih sempurna dan ada yang tak cukup sifat lagi. Ada yang tak dapat dicam lagi oleh ahli keluarga sendiri kerana rupa mayat tidak lagi normal. Bangunan-bangunan, rumah-rumah, kenderaan, bot-bot nelayan, malah jalanraya dan jambatan rosak teruk dihempas kuasa ombak yang tak dapat dijangka oleh sesiapapun. Ini memang bencana yang dahsyat.
Ia tak pernah berlaku di negara ini. Ramai orang yang kehilangan harta-benda, mata pencarian dan ada yang kehilangan orang disayangi. Rakyat negara ini mula melahirkan rasa simpati kepada mangsa ombak besar ini. Stesen-stesen televisyen tempatan dan kerajaan sibuk menubuhkan sekretariat untuk mengutip sumbangan orang ramai yang bersimpati tak kira apa bentuk sumbangan sama ada, pakaian, makanan, keperluan asas dan juga kewangan bagi meringankan beban kerugian yang dialami oleh mangsa. Kita menghargai usaha murni yang dilakukan ini.
Tetapi ada sedikit perkara yang menimbulkan kemarahan kita. Di samping melancarkan kempen derma, sebuah stesen TV tempatan masih sibuk mempromosikan rancangan berpesta untuk menyambut tahun baru. Mereka juga sebelum ini (sebelum kejadian Tsunami) pernah dengan riak mempromosikan Pesta Pulau Pinang dengan ungkapan 'Mai Datang Penang', seolah-olah mereka yang tak pergi tak dapat merasa betapa seronoknya berpesta.
Akhirnya, PM Pak Lah mengarahkan semua bentuk majlis atau pesta yang bakal diadakan dibatalkan serta-merta. Semua nampaknya akur dengan arahan Pak Lah walaupun mungkin ada segelintir manusia yang masih berdegil mengadakan majlis secara tertutup. Itu satu hal. Satu lagi perkara yang menimbulkan kemarahan kita, ada penduduk di Kuala Muda Kedah tak dibenarkan masuk ke rumah mereka sendiri atas alasan kawasan tersebut di bawah kawalan 'pihak berkuasa'.
Apabila mereka berdegil masuk juga ke rumah, didapati barang-barang berharga kebanyakannya lesap bukan kerana dipukul ombak tapi dicuri. Kalau jumpa almari pun, barang di dalamnya hilang. Setidak-tidaknya ia mungkin ditemui di lantai atau kawasan sekitar, tetapi lenyap entah ke mana. Ini menimbulkan kesangsian dan rasa tidak puasa hati penduduk.
'Pihak berkuasa' yang diberi tanggungjawab menjaga kawasan rumah yang dilanda ombak gagal menunaikan 'tanggungjawab' mereka. Siapakah pencuri yang berjaya membolosi kawalan pihak berkenaan sehingga berjaya melesapkan harta-benda berharga milik penduduk tempatan?
(Sebagai tambahan, penduduk negara ini bertambah marah apabila pasukan bolasepak negara kita juga mengalami Tsunami gol apabila tewas kepada Indonesia dalam pusingan Separuh Akhir Bolasepak Piala Tiger!)
Malaysia yang selama ini dibangga kerana aman sejahtera, tiada malapetaka dan peperangan tiba-tiba tersentak oleh tragedi ini. Rantau sebelah sini yang meliputi zon Sumatera, India, Thailand dan pantai barat Malaysia gagal dalam memberikan maklumat awal akan kehadiran ombak besar ini kerana tidak dilengkapi sistem amaran yang sepatutnya. Mungkin kerana tiada siapa yang menjangka ia boleh berlaku di sini, maka menganggap sistem sedemikian tidak diperlukan.
Malah mungkin ada segelintir manusia yang ***** menganggap ia hanya berlaku di Jepun kerana itu namanya 'Tsunami' disebut dalam bahasa Jepun. Negara Jepun yang berpengalaman mengalami bencana ini sudah lama bersiap-sedia dengan sistem ini. Malah mereka diajar mengenali perubahan alam sekitaran dan tindak balas haiwan jika berlakunya sesuatu kejadian bencana. Negara mereka lebih hebat lagi risiko malapetakanya kerana kerana selain ancaman ombak, daratannya juga merupakan kawasan berpotensi untuk fenomena gempa bumi. Jika ada seorang atau dua orang pelancong Jepun di Batu Feringghi, mereka mungkin sudah lama dapat mengisyaratkan kepada orang ramai supaya beredar dari kawasan pantai.
Tapi apa yang dapat dilihat dalam 'footage'rakaman amatur di pantai Batu Feringghi amat mengecewakan. Ramai masih tercegat menyaksikan kedatangan ombak ke arah mereka. Ada kanak-kanak yang sedang ghairah bermain kelihatan seolah-olah mencabar kekuatan ombak dengan berlari ke arah ombak tersebut. Tindakannya itu dibiarkan sahaja oleh ibubapanya. Malah lebih ***** dan angkuhnya orang kita, kedengaran suara ketawa dan aksi terkinjal-kinjal seolah-olah ombak pertama yang hadir sedang bergurau mesra dengan mereka.
Sejurus selepas itu, kelihatan pantai semakin surut kerana ditarik oleh ombak yang pertama tadi. Pada waktu itu, orang ramai masih degil dan menyaksikan fenomena ini sambil ketawa seolah-olah menganggap ia sesuatu yang lucu. Lihatlah betapa dangkal dan bodohnya orang kita. Sebenarnya, jika diamati, kehadiran ombak pertama yang tidak begitu mengancam seolah-olah memberi amaran awal supaya orang ramai beredar dari kawasan pantai. Nelayan tempatan juga sepatutnya sudah dapat mengesan sesuatu apabila hasil tangkapan mereka luarbiasa sehingga pendapatan mencecah ribuan ringgit sehari, sepuluh kali ganda atau lebih dari hari-hari biasa.
Maka di sini, kita dapat tahu bahawa Allah Maha Mengetahui. Dia tidak menghendakkan sesuatu itu berlaku secara tiba-tiba. Dia memberi tanda atau alamat sebelum sesuatu kejadian. Hanya mereka yang berilmu dan ingin belajar sahaja mendapat isyarat awal dari Allah S.W.T. Tetapi manusia yang memang mempunyai sikap tamak cepat alpa.
Ombak kedua yang datang mula mengganas tidak mengira mangsa. Ia merempuh apa sahaja di hadapannya. Bangunan, rumah, kenderaan, tiang telefon, kedai, hotel, resort dan apa saja. Tingginya tidak dijangka. Ada yang mencecah 10 hingga 15 meter.
Di Aceh, rumah dua tingkat pun turut tenggelam. Ada yang menyelamatkan diri di atas bumbung. Ada yang merasakan dirinya berlari berkilometer jauhnya dikejar ombak. Yang tak sempat menemui ajalnya di situ juga. Ada pula yang ditemui hidup-hidup terapung di tengah samudera seminggu selepas kejadian. Makanannya hanya isi kelapa dan minum air hujan diiringi doa yang bersungguh-sungguh, akhirnya Allah mentakdirkan sebuah kapal lalu dan menyelamatkannya. Bayangkan terapung seorang diri di atas pohon hanyut di tengah lautan melalui siang malam silih berganti selama lapan hari...tentu harapan terlalu tipis. Tapi kuasa Allah menyangkal logik manusia. Mereka yang terselamat tentunya mendapat hidayah dan berazam untuk mengabdikan diri kepadaNya sebenar-benarnya selepas itu.
Kesan sesudah Tsunami yang paling teruk dialami Aceh. Anggaran terakhir korban mencecah ratusan ribu nyawa. Akhirnya pihak berkuasa Indonesia mengumumkan supaya kiraan jumlah kematian dihentikan kerana adalah mustahil kerana banyak jasad yang sudah disemadikan terlebih dahulu ke dalam kubur besar untuk mengelak jangkitan penyakit.
Dikatakan 60% bandar Aceh menjadi 'padang jarak padang tekukur'. Jika dilihat dari udara, kawasan persisiran pantai seolah-olah tanah tandus yang luas. Tetapi ada sesuatu yang pelik di sini. Atas kehendak Allah, kebanyakan masjid di Aceh tetap berdiri tegak sekalipun bangunan sekitarnya roboh menyembah bumi. Mungkin ada yang berpendapat masjid-masjid ini tegak kerana ia bangunan konkrit, tapi ada masjid dari papan dan kayu tetap juga berdiri. Kenapa pula bangunan konkrit yang lain seperti pejabat, bank dan lain-lain turut runtuh tak dapat bertahan dari rempuhan ombak? Sebenarnya ini adalah bukti kebesaran Allah di mana masjid-masjid yang dimakmurkan umat dipelihara olehNya. Itu tanda masjid-masjid ini dikunjungi malaikat.
Oleh itu sedarlah kita sekarang bahawa walau di mana kita berada, jangan sangka kita sentiasa selamat. Hanya kepada Allah sahaja tempat kita berteduh. Kita hanya berserah kepadanya. Dia berhak menentukan. Dia berkuasa menentukan apa sahaja kehendakNya. Tragedi Tsunami 26 Disember sepatutnya cukup untuk memberi peringatan betapa berkuasanya Dia dan betapa kerdilnya kita manusia. Dia menunjukkan kebesaranNya dengan begitu banyak kejadian pelik susulan dari tragedi ini, bagaimana begitu banyak masjid teguh berdiri, orang yang ditemui hidup setelah seminggu hanyut, Al-Quran yang masih elok sedangkan almari yang menyimpannya pecah, bayi yang selamat terapung di atas tilam (bagaimana tilam tidak tenggelam oleh berat bayi), mayat orang Islam ditemui berpakaian manakala mayat orang kafir telanjang dan pakaian koyak rabak. Kita harap negara kita mengambil iktibar dari kejadian ini.

Jangan asyik berpesta tak sudah-sudah, maksiat pula berleluasa, pelacuran, rasuah, penindasan, penagihan dadah, ragut, rogol dan sebagainya. Jangan sampai nanti Allah menurunkan bala yang lebih teruk kepada kita oleh kerana kerosakan dan kepincangan semakin berleluasa di negara ini.