Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 2, 2011

Tidak Dapat Bezakan Rasuah Politik, Lebih Baik Berhenti Kepalai SPR

Pengerusi SPR mengaku, saya ulang mengaku bahawa beliau "bukan pakar" dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya.


Dalam hal ini, ada dua kemungkinan sahaja, sama ada orang ini benar-benar "bukan pakar" aka tidak tahu atau hanya berpura-pura tidak tahu. Yang mana satu? Saya tidak fikir orang ini tidak mampu menentukan pemberian sesuatu barangan atau dalam bentuk lain seperti yang giat dilakukan oleh BN dalam setiap PRU/PRK itu bercanggah dengan peraturan pilihan raya.




Antara alasannya, sejak pagi tadi kedengaran berita bahawa SPR akan mengambil tindakan menurunkan sepanduk kempen PAS yang memaparkan lambang parti-parti yang tidak bertanding kerana PR masih lagi belum diterima sebagai sebuah perikatan politik yang sah dan bertentangan dengan peraturan pilihan raya. Kita juga maklum bahawa SPR begitu bertegas mahu menyiasat isu pemberian zakat TGNA kepada Orang Asli yang diislaminya pada PRK Galas di Kelantan baru-baru ini.

Jika dia benar-benar "kurang cerdik" sehingga tidak mampu membezakan perbuatan yang bercanggah dengan peraturan SPR yang dikepalainya, maka saya ucapkan takziah kepada SPR dan rakyat Malaysia. Sudah tentu, orang ini perlu segera meletakkan jawatan kerana SPR perlu dikepalai oleh orang yang tahu akan tanggungjawabnya dan mahir tentang peraturan suruhanjaya yang dikepalainya.

Agak malang apabila orang yang berada di luar SPR lebih arif tentang peranan dan kuasa SPR, seperti yang ditegaskan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan dalam petikan berita di bawah ini.

Saya petik:
[MK] Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya, menyaksikan beliau terus dibidas pelbagai pihak.

Antaranya daripada ketua pemantau pilihan raya Bersih 2,0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Katanya, terdapat undang-undang spesifik bagi membuktikan SPR mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi melawan dan mencegah rasuah pilihan raya tetapi ini tidak dikuatkuasakan oleh suruhanjaya itu.

Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak "awak tolong saya, saya tolong awak” semasa kempen pada dua pilihan raya kecil, Ambiga berkata ini dengan jelas boleh diambil tindakan mengikut seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen berkenaan adalah berkaitan habuan yang diberikan kepada pengundi bagi mendapatkan sokongan.

Menurut Ambiga, SPR mempunyai tanggungjawab bagi memastikan semua insiden berkenaan dibawa ke perhatian pihak berkuasa bagi menjamin pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.

Meskipun kuasa untuk mendakwa terletak di tangan pejabat Peguam Negara, Ambiga berkata SPR juga perlu memainkan peranan.

"Paling tidak, ia (SPR) boleh membuat laporan polis,” katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Najib membuat kenyataan itu ketika kempen pilihan raya kecil Sibu dan Merlimau tetapi Abdul Aziz bertegas mengatakan beliau bukan pakar bagi menentukan aduan berkenaan. 
P/s: Aduhai, Malaysia! Memalukan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular