Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 21, 2011

EKUITI MELAYU : KUASA EKONOMI MELAYU DAN BUMIPUTERA MENGUNCUP, UMNOKAH DALANG?


Sudah banyak tulisan berkaitan Melayu kehilangan hak. Walaupun Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asalMalaysia. (1)

Namun perangai dan tindak tanduk bangsa Melayu itu sendiri yang telah menyebabkan hak-hak mereka tergadai. Adalah tidak sempurna atau tepat sekiranya kita hanyamenyandarkan permasalahan itu kepada bangsa semata. Setiap bangsa mempunyai pemimpin yang silih berganti. Pemimpin datang dan pergi, tetapi bangsa terusberkembang. Pemimpinlah yang mencorakkan bangsa dan ummat. Pemimpinlah memikul tanggungjawab khalifah. 
Meneliti satu demi satu senarai malay privileges yang tergadai, menambah lagi duka nestapa kita. Bertambah pula pada masa yang sama senarai panjang pengkhianatan terhadap bangsa melayu oleh orang-orang Melayusendiri. Saya tidak fokuskan itu pada kali ini. Sila semak sendiri. (2) 

KERAJAANLEPAS TANGAN Saya ingin sentuh jawapan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis soalan lisan YB Dr Zulkifli Ahmad(PAS) Kuala Selangor tentang kehilangan 52 bilion pegangan ekuiti Melayu. Sepatutnya dengan 30 peratus syarat ekuiti bumiputera, bumiputera (baca Melayu) akan menguasai 54 bilion. Jawapan kerajaan yang menafikan kehilangan 52 bilion itu adalah jawapan yang tidak bertanggungjawab dan bersikap lepas tangan. 30peratus itu ialah apa yang disasarkan melalui DEB. Kalau yang tinggal hanya 2bilion atau 4 peratus kurang lebih.. Ke mana berkuburnya dasar itu. Ke mana melayangnya saham-saham itu.. Ironinya, dasar itu hanyalah satu dongeng..

Beberapa persoalan berlegar apabila kajian ke atas Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing yangmerupakansalah satu instrumen untuk meningkatkan penyertaan dan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi didedahkan. 

  1. Adakah berlaku ketirisan dan kebocoran sehinggakan saham yang sepatutnya menjadi mercu kepada kejayaan dasar kerajaan yang terhasil dari kontrak sosial gagal. Saham itu adalah bagi menjamin penyertaan ekonomi golongan Melayu (yang bukannya banyak sangat pun 70 peratus baki adalah terbuka) dalam lebihan kek ekonomi Negara. Ia adalah sangat vital bagi penerusan suasana aman damai Negara kita. Ini biasanya hujah sihir pihak kerajaan bagi menunjukkan keprihatinan mereka bagi membela Melayu.
  2. Pengagihan saham yang sepatutnya dibuat oleh 3000 transaksi syarikat melibatkan golongan sasar mana. Adakah golongan sasar itu terdiri daripada kroni rapat kerajaan atau siapa. Adakah golongan sasar itu hanya sekadar menjadi Ali Baba. Kalau bukan Ali Baba kenapa saham itu terjual dan dengan jumlah yang sangat banyak. PALING PENTING adakah kerajaan bersedia mendedahkan shareholder yang mendapat agihan itu supaya adil kepada semua rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu.
  3. Jawapan mengelak kerajaan ialah mengatakan oleh kerana syarikat itu syarikat persendirian maka, transaksi adalah berdasarkan willing seller dan willing buyer. Maka kerajaan tiada kuasa. Habis apa gunanya dasar 30 peratus.. Adakah dasar itu hanya untuk membodohkan rakyat dan bangsa Melayu. Siapakah yang mencetus ide bagi dasar ini.. adakah pencetus juga adalah Ali Baba. Kerajaan apa yang buat dasar tanpa memiliki kuasa.
  4. Jawapan itu juga mendedahkan kerajaan kepada kelemahan sistem pengawalan dan pemantauan kerajaan. Ia menjadikan kerajaan sangat lemah dan ia sangat berisiko. Adakah sistem ekonomi campuran kita sudah terlalu liberal sehingga bertukar menjadi system ekonomi kapitalis sepenuhnya berdasarkan kepada penguasaan tokey bukannya pengusaan kerajaan. Adakah firma-firma dalam Malaysia menjadi terlalu sangat berkuasa sehingga mereka boleh bulldoze segala dasar kerajaan
  5. Saya juga fikir, projek 30 peratus adalah satu lagi kegagalan dasar kerajaan bagi membela hak pribumi. Saya tidak fikir ia sengaja. Namun segala dakwaan kerajaan tentang retorik kontrak sosial akan bertukar menjadi mimpi ngeri bangsa Melayu. UMNO yang menjadi tonggak politik bangsa Melayu sudah hilang fungsinya. Rakyat secara serius perlu memikirkan ganti UMNO bagi menunjangi politik Negara.
  6. ekonomi_melayu_terkini.jpgKegagalan dasar ini sekaligus menambah senarai pengkhianatan UMNO kepada orang Melayu. Pengkhianatan ini sangat besar. Ya, pemimpin UMNO akan mencari helah bagi mempertahankan diri. Namun yang mula bangkit bercakap tentang soal ini bukan sahaja Melayu. Saya mula risau Melayu berjuang untuk bangsa lain. Peranan itu diambilalih oleh oleh pihak ketiga. (3)
  7. Atas nama membela Melayu, bangsa yang pernah agung dengan Islam, UMNO sanggup melakukan apa sahaja. Janji mereka untuk meningkatkan penyertaan Melayu dalam ekonomi diteruskan melalui pengenalan Ekuinas. Bangsa Melayu pun gumbira. Adakah Ekuinas melalui strategi direct investmentatau outsourcing tidak mengulagi lagu lama…
Kesimpulan saya ialah Bangsa Melayu perlu bertukar dan mencuba tuan baru bagi meneruskan dan memperjuangkan nasib mereka. Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah pilihan mereka buat masa ini. Komitmen mengembalikan fungsi artikel 153 adalah bukti keseriusan kami khas bagi bangsa Melayu.

(1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_153_Perlembagaan_Malaysia
(2) http://www.harakahdaily.net/v2//index.php?option=com_content&task=view&id=22196&Itemid=50 (3)http://www.ibnuhasyim.com/2010/03/saham-rm54-bilion-untuk-melayu-hilang.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular