Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 1, 2011

Polis pun hisap ganja. Buktinya...


Saya petik:

Dua Polis Tentera Dipercayai Memiliki Ganja Ditahan 

[MStar] KUALA LUMPUR: Dua anggota polis tentera dari sebuah markas tentera di bandaraya ini ditahan kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja dua hari lepas.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, ACP Kang Chez Chiang berkata, kedua-dua suspek berumur 29 dan 40 tahun itu ditahan pada 2.15 pagi ketika berada dalam keadaan mencurigakan di sebuah pusat tumpuan orang ramai di Setiawangsa.

"Anggota polis dari Balai Polis Jalan Tun Razak telah bertindak atas maklumat orang awam dan menahan suspek yang dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan ke atas kedua-dua lelaki ini telah membawa kepada penemuan satu ketulan mampat ganja dengan anggaran berat 2.1 gram di dalam beg pinggang suspek pertama," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Isnin.

Beliau berkata, selepas pemeriksaan ke atas suspek kedua, polis menemui ganja seberat 1.3 gram di dalam beg sandangnya.

Menurutnya ujian saringan awal polis mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA
(Gambar sekadar hiasan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular