Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 2, 2011

Perutusan Tahun Baru Cina Presiden KEADILAN


Di kesempatan ini ingin saya ucapkan Gong Xi Fa Cai dan Xin Nian Kuaile kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua. Semoga Tahun Baru Cina diraikan dengan suasana yang mesra dan meriah. Tahun ini adalah tahun arnab, ia melambangkan sifat-sifat yang peka, bijaksana, diplomatik lagi berseni.

Justeru, perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh menjalin perpaduan tulin di antara segenap lapisan masyarakat dan kepelbagaian kaum. Hanya dengan keharmonian sejati maka agenda besar membina sebuah masyarakat bertamadun akan tercapai.
Saya yakin sambutan pada tahun ini adalah dalam suasana yang cukup sederhana. Ekonomi negara yang belum keluar dari kekangan kemelesetan pasti terus menekan rakyat. Apatah lagi kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barangan akibat dari kenaikan harga petrolium nampaknya terus melonjakkan kos sara hidup.
KEADILAN yang berpegang atas panji Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan hak dan kepedulian kepada rakyat. Buku Jingga yang kita galur sebagai tanda aras janji dan iltizam perjuangan, telah kita sebarluaskan agar rakyat melihat jelas program merakyatkan ekonomi negara.
Tahun ini adalah tahun penentu memandangkan besar kemungkinan pilihanraya umum mungkin diadakan. Inilah masanya rakyat membuat keputusan samada mahu terus dengan kesempitan ekonomi, kekangan berpolitik dan adu domba perkauman atau bersedia membina Malaysia yang maju ke hadapan. Pakatan Rakyat adalah pilihan bagi menjana kehidupan yang mencerminkan sebuah negara yang benar benar merdeka dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Gong Xi Fa Chai, Xian Nien How
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular