Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 1, 2011

Mesir terus bergolak, Selangor rancang bawa pulang pelajar



Keadilan Daily | 1 Feb 2011, 04:31 pm 

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan bersama-sama Wisma Putra menguruskan kepulangan penuntut Malaysia di Mesir ekoran keadaan negara itu yang semakin  bergolak.

Exco Pendidikan Tinggi Selangor, Dr Halimah Ali berkata, beliau telah bertemu dengan pegawai Wisma Putra pagi ini bagi membincangkan perkara itu dan mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan pelajar di sana.
Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat segera dengan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali dan Pengarah Jais hari ini bagi merangka pelan tindakan untuk membawa mereka keluar segera.
“Diharap semua para ibu bapa bertenang dan banyakkan berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan,” kata Halimah dalam satu kenyataannya seperti dilapor Harakahdaily.
Sebelum ini, KEADILAN dan Pas mendesak kerajaan supaya membawa keluar semua rakyat dan pelajar Malaysia yang terperangkap akibat krisis yang semakin memuncak di negara itu.
Ini berikutan keadaan di Mesir yang semakin tidak terkawal apabila perusuh  mengambil kesempatan dalam keadaan kacau bilau untuk melakukan keganasan dan jenayah di jalanan.
Dilaporkan juga ribuan banduan melarikan diri dari penjara.
Semalam media melaporkan seramai 87 rakyat Malaysia yang mahu menaiki pesawat EgyptAir terkandas sejak tiga hari lalu ekoran perintah berkurung yang dikeluarkan Presiden Hosni Mubarak.
Keadaan ini dilihat semakin mencemaskan penuntut dan pelancong Malaysia yang cuba menyelamatkan diri pulang ke tanahair.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular