| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Feb: PAS mendesak kerajaan bertindak segera sebelum terlambat dengan menghantar kapal terbang bagi membawa keluar seluruh pelajar dan rakyat Malaysia daripada Mesir yang kini kian meruncing akibat kebangkitan rakyat terhadap pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak. “Memandangkan keadaan di Mesir yang tidak menentu bahkan keadaan bertambah kritikal, sewajarnya tindakan segera perlu diambil,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ke Harakahdaily. Tuan Ibrahim turut berkata kerajaan persekutuan mesti memberikan keutamaan kepada keselamatan nyawa rakyat Malaysia kerana keadaan di Mesir semakin tidak terkawal sekarang dan tiada tanda-tanda yang ianya akan reda dalam masa terdekat. Sebelum ini, ramai yang membidas kelambatan kerajaan Malaysia dalam membuat keputusan untuk membawa lebih kurang 10,000 pelajar negara yang kini terkandas di Mesir berbanding negara jirannya, Indonesia. Pada petang semalam, Indonesia dilaporkan akan menghantar sebuah pesawat sewa khas untuk memindahkan rakyatnya yang berjumlah 6,200 orang dari negara itu manakala kerajaan Malaysia masih lagi sedang menimbang menggunakan kapal serbaguna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir. “Kalau pihak kerajaan beria-ia menghantar misi pengaman ke beberapa negara untuk keselamatan dan keamanan negara luar, apakah keselamatan rakyat tidak menjadi keutamaan? Sudah sampai masanya kerajaan menghantar penerbangan khas bagi membawa keluar rakyat Malaysia, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan negara barat bagi menyelamatkan warga negara mereka yang melancong ke Mesir,” bidas Tuan Ibrahim. Mengenai keadaan di Mesir, Tuan Ibrahim berkata hanya dengan peletakan jawatan seluruh rejim Mubarak dan satu pilihanraya bebas boleh menstabilkan kembali keamanan di negara tersebut. “Kita tidak mahu nasib rakyat Mesir menjadi mangsa campurtangan luar, sebagaimana berlaku di Iraq akibat seorang pemimpin, maka negara hancur,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Sementara itu, pada pukul 1 pagi selepas laporan ini ditulis, Bernama telah melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya telah memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara. Mengikut laporan Bernama, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke Mesir yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail. “Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir. Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” Najib dipetik sebagai berkata. Najib juga dipetik sebagai berkata bahawa syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia telah diminta untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia. “Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya Rabu mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," katanya. Dalam pada itu, blog (http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/) yang melaporkan berita-berita terkini keadaan pelajar-pelajar Malaysia mengesahkan bahawa Putrajaya telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi tengah malam tadi bahawa mereka akan dikeluarkan menggunakan kapal yang berlabuh di Teluk Aden. “Pelajar di Alex sudah mula mengemas dan berkumpul untuk bersedia dibawa keluar dari Mesir melalui kapal terbang dan dibawa keluar dari Mesir. mereka akan dipindahkan ke negara berjiranan Mesir, BUKAN DIHANTAR PULANG,” kata blog itu lagi. |
Wednesday, February 2, 2011
Kerajaan perlu bertindak segera sebelum terlambat
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Sistem PFI UiTM bukti duit PTPTN untuk mengenyangkan kroni? Masalah student boleh atau tidak bayar pinjaman PTPTN tu cerita lain tapi duit...
-
D AP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan m...
-
Dua hari ini aku cukup gembira kerana ingat simpan filem porno itu halal .. rupanya haram .. Wakakakak !!! Bangang !
-
Buktinya, lihat gambar ni.. Dan dengar cerita beliau antara AHLI UMNO BAHAGIAN BESUT. Wah wah waaaaaaaaaaaahhh.. Pandai UMNO cover ehk?
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...
-
Selepas berjaya mengantikan tugas Menteri Pelajaran, kini Ro$mah layak mengantikan tugas Menteri Pertanian pula Rosmah Mansor Tanam Rock Me...
-
Usaha sebuah cabang PKR Negeri Sembilan untuk mengadakan ceramah di Rantau, Negeri Sembilan semalam dihalang oleh sekumpulan lelaki bersenj...
-
Pada penulisan objektifnya adalah untuk menjelaskan bahawa Malaysia adalah negara bangsa (nation state) yang terdiri daripada pelbagai kaum ...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...
-
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad mencabar Kementerian Pengangkutan membenarkan beliau sendiri menyemak dokumen pembelian 38 s...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...