Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 1, 2011

Harga minyak akan diturunkan semula?

Adakah harga minyak akan diturunkan bila harga di pasaran antarabangsa kembali stabil? Adakah musim sejuk di negara-negara eropah akan berterusan sehingga ke hari kiamat?
Mulai tengah malam tadi harga petrol RON 97 telah mula dinaikkan dari RM 2.40 kepada RM 2.50 seliter. Ramai pengguna RON 97 yang terdiri daripada rakyat Malaysia terutamanya akan merasai hadiah kemenangan Barisan nasional di DUN Tenang [Minyak naik lagi].

Rakyat difahamkan bahawa harga minyak terpaksa dinaikkan akibat kenaikkan harga minyak di pasaran antarabangsa yang terjejas berikutan krisis di Mesir selain permintaan mendadak di kala musim sejuk di eropah.[Kosmo]

Persoalannya, di saat harga minyak di pasaran antarabangsa meningkat, harga minyak di dalam negara turut dinaikkan. Adakah harga minyak akan diturunkan bila harga di pasaran antarabangsa kembali stabil? Adakah musim sejuk di negara-negara eropah akan berterusan sehingga ke hari kiamat?

Sama-sama kita nantikan, dan menilai keikhlasan slogan "Masyarakat didahulukan, pencapaian diutamakan". Adakah rakyat atau kroni yang didahulukan? Tatkala rakyat minta harga minyak diturunkan pabila harga minyak pasaran dunia menjadi stabil nanti, adakah Najib akan melafazkan ayat keramatnya "Negara akan bankrap kalau turunkan harga minyak" ?

ReJaM© "Rakyat sentiasa memerhatikan tindak-tanduk pemimpin..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular