Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 1, 2011

Bina sendiri, jangan ambil hak orang lain UMNO oooiii?


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya membina sendiri kemudahan untuk rakyat seperti dewan atau pusat komuniti kerana mempunyai lebihan perolehan yang besar setiap tahun.

“Memang tanah milik Kerajaan Negeri tetapi peruntukan membinanya disediakan Kerajaan Pusat. Janganlah suka merampas hak orang lain kerana ia juga untuk kepentingan rakyat tambahnya.

Hmm.. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO.. bukan mengakui hak kerajaan itu hak mereka.

Jika Kerajaan negeri Pakatan Rakyat membina sendiri dewan dan pusat komuniti, apa pula yang akan terjadi kepada Dewan dan Pusat Komuniti yang sedia ada?

 Hendak dibiarkan kosong begitu saja atau akan digunakan oleh UMNO sebagai harta mereka untuk dijadikan stor bagi menyimpan bendera mereka sepertimana dengan apa yang terjadi kepada banyak Dewan yang ada?

Kenapa UMNO masih gila mahu menguasai Dewan atau Pusat Komuniti yang ada sedangkan mereka tidak berhak sama sekali keatas Dewan atau Pusat Komuniti tersebut biarpun ianya dibina oleh Kerajaan Pusat kerana ianya bukanlah dibina menggunakan Wang UMNO sendiri?

Datuk Azhar Ibrahim diarahkan mengosongkan Pusat Komuniti ADUN Penaga dua bulan lalu oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang kerana dikatakan ianya telah dibina atas tanah milik kerajaan negeri.

Pemimpin UMNO Pulau Pinang seharusnya mencontohi ADUN Seberang Jaya Datuk Ariff Shah yang bertindak menyewa bangunan milik swasta untuk dijadikan Pusat Khidmat beliau, bukannya mendirikannya diatas tanah milik kerajaan negeri.


by 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular