Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 1, 2011

AZRB, Jasa Bakti dianugerahkan projek perumahan RM125 juta


http://buletinonline.net/images/stories/berita40/pprpdghiliran.jpg
KUALA TERENGGANU - Tindakan kerajaan pusat yang dikuasai Umno-BN menganugerahkan kontrak bernilai RM125 juta kepada Ahmad Zaki Resources Bhb (AZRB) dan Jasa Bakti Sdn Bhd adalah untuk mengisi dana pilihanraya Umno Terengganu 

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah menyifatkan ia sesuai yang amat luar biasa dan pelik kerana kedua-dua syarikat tersebut mempunyai Ahli Lembaga Pengarah yang sama

"Ia jelas untuk dana pilihanraya Umno, pelik dan luar biasa kedua-dua syarikat yang dianugerahkan projek itu, mempunyai ahli lembaga pengarah, dengan lain kata, kedua-dua syarikat tersebut dimiliki oleh orang yang sama,"katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar perniagaan, AZRB dan Jasa Bakti Sdn Bhd telah mendapat RM125 juta kontrak untuk melakukan projek perumahan awam di Kuala Terengganu.

Lebih teruk lagi, kata Wan Sukairi, antara ahli Lembaga Pengarah Jasa Bakti Sdn Bhd itu adalah Ahmad Nizam Wan Abdul hamid, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu.

"Dalam (syarikat) AZRB ada Ismail Mansor, begitu juga dalam Jasa Bakti, dalam AZRB ada Wan Zaki Wan Muda, beliau juga pengarah kepada Jasa Bakti,

"mengejutkan Setiausaha Politik Menteri Besar juga menjadi ahli lembaga pengarah Jasa Bakti,"jelasnya.

Akhbar pernagaan versi internet, pada Isnin 31 Januari melaporkan AZRB memberitahu media, syarikat itu telah menerima surat penerimaan (letter of acceptance ) dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina 1.002 rumah pangsa dalam program perumahan rakyat (PPR-untuk sewa) di Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

Lapor akhbar itu lagi, anugerah tersebut adalah bagi kerja-kerja berjumlah RM125 juta akan dimulakan pada 16 Februari, 2011 dan dijangka selesai dalam jangka waktu 30 bulan.

Buletinonline sebelum ini melaporkan, syarikat yang sama AZRB telah mendapat tender pembinaan empangan kedua Hidroelektrik Hulu Terengganu berjumlah RM49.5 juta.

Pada 1 Disember, 2008, AZRB telah mendapat kontrak dari Kementerian Kerja Raya untuk membina Kompleks Pakar Bersalin di Hospital Kuala Terengganu.

Pada Ogos tahun yang sama, AZRB sebagai kontraktor yang dilantik telah menyiapkan pembinaan stadium tertutup di kompleks sukan Gong Badak bernilai RM94 juta.

Bacaan sebelum ini:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular