Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 10, 2011

SEBENARNYA KITA MAMPU BAGI ELAUN RAKYAT RM500 SEBULAN KALAU KITA CERDIK!

KALAU kita cerdik, kita mampu bayar elaun khas kakitangan awam RM500 sebulan, manakala rakyat biasa pun kita mampu berikan wang ehsan RM300 sebulan. Caranya ialah dengan ubah cara kita mengurus ekonomi negara.

Kita sedia maklum negara berbelanja RM73 bilion (ulang bilion) untuk subsidi pelbagai barangan. Banyak duit itu sebenarnya. Kalau kita boleh kurangkan RM30 bilion daripada jumlah itu untuk bantu rakyat, alangkah elok daripada membazir tak tentu fasal! Tidak boleh? Jawapnya, kenapa?

Caranya? Kita hasilkan barangan kegunaan sendiri. Contoh, gula, minyak masak, beras, bawang dan pelbagai kegunaan harian yang kebannyakannya berteraskan pertanian.

Kita hasilkan gula sebanyak mungkin. Gula jadi murah di negara ini, lebihannya kita eksport untuk dapat hasil. Kita tanam padi sebanyak mungkin untuk dapatkan beras, biar beras murah di negara ini. Lebihnya kita eksport. Kita tanam kelapa secukup-cukupnya. 

Kita jual murah pada harga tempatan untuk santan dan minyak misalnya. Rakyat akan gembira mendapat barangan berharga murah. Kita tanam bawang, kita tanam semua benda yang boleh ditanam dan diperlukan rakyat. Apabila benda ini banyak di pasaran tempatan, harga yang perlu dibayar pengguna/rakyat tentulah menjadi murah. 

Tiga keuntungan kita dapat. Pertama rakyat tidak merana membeli barangan dengan harga mahal. Kedua, negara dapat duit daripada hasil eksport.
Ketiga, tak perlulah kita membebel kena keluar duit untuk subsidi. Kalau barangan itu murah di negara ini, kenapa kita harus memberi subsidi? Sebahagian daripada RM73 bilion yang kita bazirkan setiap tahun itu boleh menolong rakyat menjadi lebih senang.

Ini bukan kaedah yang sukar dan mustahil untuk dilakukan kerana sumber asas kita iaitu tanah dan sumber tenaga manusia amat banyak dan mewah! Kenaa kita mesti mengimport barangan yang sepatutnya kita boleh hasilkan sendiri. Di sinilah Najib sepatutnya bertanyakan diri sendiri daripada menuduh konon kalau kakitangan awam diberi elaun atau rakyat diberi elaun, anak cucu cicit kita akan hancur.

Itu adalah satu tuduhan yang tidak sama sekali masuk akal kalau kita gunakan akal dan fikiran yang ada. Tidak akan musnah atau hancur negara ini, sebaliknya akan hancur dan musnah negara ini kalau kerajaan masih melakukan cara menguruskan ekonomi seperti sekarang!

Tepuk dada tanya selera. Rakyat yang jujur hati tentu boleh berfikir sendiri! Kita telah lama membiarkan diri menjadi hamba kepada barangan luar yang amat mudah dihasilkan di dalam negeri. Kalau kita boleh hasilkan kereta dan hantar rakyat ke angkasalepas, mustahil mahu melaksanakan pertanian dengan skala besar di negara ini menjadi satu masalah!

Rakyat lihatlah. Berfikirlah. Jangan asyik ikutkan sahaja walaupun kita sebenarnya sedang membunuh ekonomi sendiri di atas keangkuhan pemimpin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular