from DUNIACACAMARBA by Tayadih Maysia
Angelina, remaja berusia 15 tahun muncul dalam siaran gosip hiburan Melodi terbitan TV3 semalam. Dia mendakwa ibu kandungnya yang didakwa seorang artis seolah-olah enggan menerimanya.
Remaja ini mendedahkan bahawa ibunya itu hanya menjaganya beberapa hari sebelum menyerahkannya kepada keluarga angkat.
Remaja itu mendakwa dilahirkan pada 23.11.1996 tetapi disebabkan kelewatan ibu angkatnya membuat sijil kelahiran, maka tarikh lahirnya telah didaftarkan pada 21.02.1997.
Untuk membuktikan bahawa si artis itu ialah ibu kandungnya, remaja ini menegaskan bahawa dia sanggup menjalani ujian DNA.
Melodi yang menapis suara temu bual antara wartawan dengan remaja itu rupa-rupanya tidak perasan meletakkan nama artis yang dikatakan ibu kepada remaja itu pada halaman kredit di penghujung rancangan. Sila rujuk gambar di bawah ini untuk melihat nama artis yang didakwa ibu kepada remaja ini.
Mungkin benar, mungkin tidak.
Semoga dapat dijadikan pengajaran!
(Cerita lanjut dan kredit untuk gambar: Mygosip.com)