Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat menegaskan pindaan perlembagaan negeri terpaksa dibawa untuk membetulkan “penghinaan” yang diakibatkan oleh langkah kerajaan persekutuan membelakangi peranan dan kedudukan kerajaan negeri dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi.
“... tindakan kerajaan persekutuan atas tiket Ketua Setiausaha Negara melantik Pegawai Eksekutif Ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri.
“Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah, maka kita kembali ke Dewan yang mulia ini untuk mengadakan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor,” kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika membentangkan usul pindaan perlembagaan negeri pada sidang khas DUN pagi ini.
“Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1),” katanya.
Khalid berkata selaku Menteri Besar, beliau berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umnbo sejak pindaan Perlembagaan 1993.
“Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan negeri dan Sultan bercelaru dan kabur.
“Justeru, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya,” kata beliau.
Khalid berkata, dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Sultan.
Bagaimanapun menurut Khalid, walaupun peristiwa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai hikmah tersendiri tetapi tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan.
“Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini.
“Prinsip “biasakan yang betul dan betulkan yang biasa” adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini,” kata menteri besar penggal pertama ini.
Katanya, berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan.
Tambah Khalid, selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, pihaknya hendak melakukan yang terbaik.
“Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan,” katanya lagi.