Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 12, 2011

Pakej UniFi percuma sebulan untuk pelanggan baharu dalam talian



Telekom Malaysia Bhd (TM)

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Telekom Malaysia Bhd (TM), kumpulan komunikasi dan maklumat bersepadu utama Malaysia, kini menawarkan yuran langganan pakej UniFi percuma selama sebulan kepada semua pelanggan baharu yang mendaftar secara dalam talian.



Dalam satu kenyataan di sini hari ini, TM berkata pendaftaran secara dalam talian itu membolehkan orang awam menggunakan saluran baharu ini untuk mendaftar dan menyemak perkhidmatan UniFi dengan pantas menerusi www.tm.com.my.

“Proses ini membolehkan pelanggan baharu menyemak kesediaan perkhidmatan berdasarkan alamat, mewujudkan kata laluan dan profil tersendiri, menguruskan akaun mereka dan membuat temu janji pemasangan,” katanya.

Dilancarkan pada September 2008,  projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) nasional bernilai RM11.3 bilion itu ialah Usaha sama Awam-Swasta antara TM dan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.

TM membelanjakan sehingga RM8.9 bilion manakala Kerajaan menyumbang sebanyak RM2.4 bilion menerusi kaedah tuntutan berdasarkan perkembangan projek yang dicapai oleh TM.
-Bernama-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular