Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 12, 2011

Cabar Anwar berdebat, KJ guna talian hayat


SHAH ALAM, 12 Jan – Cabaran Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin  untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai talian hayat untuk menyelamatkan karier politiknya.

Disamping itu ia sebagai usaha menarik perhatian Presiden Umno kerana menurut Ketua  Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin kini spekulasi kuat mengatakan Khairy kini sedang bergelut dengan situasi parti yang tidak lagi memerlukannya.

Badrul berkata Khairy cuba meraih kembali kepercayaan Umno dengan menawarkan diri untuk melindungi Najib Abdul Razak.



“Khairy ini dia menteri pun tidak. Dia tidak diiktiraf oleh kerajaan Umno-BN. Jadi bagaimana dia nak cabar Anwar, dia anggota kabinet pun tidak,” kata Badrul kepada Selangorkini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Khairy memerlukan bantuan Najib untuk menyelamatkannya dari tuduhan terbabit dalam skandal Alcatel-Telekom.

“Minggu lepas dia merajuk, malah ada blogger blogger Umno yang mendakwa merajuknya itu ada kaitan dengan skandal Alcatel-Telekom, sejauh mana kebenarannya saya tak tahu,” katanya lagi.

Badrul berkata demikian mengulas kenyataan Khairy hari ini yang mencabar Anwar supaya berdebat dengannya berhubung isu perbandingan dasar ekonomi Umno-BN dan Pakatan Rakyat.

Khairy turut mencerca Anwar dengan berkata mantan Menteri Kewangan itu tidak sama taraf untuk berdebat dengan Najib.

Khairy berkata demikian selepas Anwar mencabar Najib ke satu debat terbuka selepas Presiden Umno itu memperlekehkan pelan reformasi 100 hari Pakatan Rakyat.

“Sebelum dia sibuk nak berdebat dan mempertahankan sesiapa sahaja. Dia sendiri perlu penuhi amanah dia sebagai MP Rembau. Janji pilihanraya umum ke 12 tidak ditunaikan.
“Pengundi Rembau tidak perlukan dia berdebat dengan Anwar,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular