"Muhyiddin seolah- olah lupa pada cita-cita umno barisan nasional untuk melaksanakan projek mega yang hanya menguntungkan kroni dan individu berkepentingan sahaja, umpamanya menara warisan merdeka.
“Dia emosi dan melatah. patut dia baca soalan habislah. baca betul-betul,semua untuk rakyat, kalau kita buat dia kata membazir. tapi sampai 5 bilion buat bangunan 100 tingkat tak membazir, untuk kroni tak membazir. untuk manfaat rakyat pula membazir,”
Dari TV Selangor
Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan pemberian imbuhan RM500 kepada guru- guru di negeri- negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terus dibidas oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
Mereka mempersoalkan Muhyiddin sebagai ahli parlimen veteran yang seolah- olah tidak memahami resolusi 100 hari yang terkandung dalam buku jingga adalah menifesto Pakatan Rakyat sekiranya gagasan itu berjaya menawan pucuk pemerintahan.
Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad menyifatkan Muhyiddin sebagai cepat melatah dan emosi dalam isu pemberian elaun kepada para guru seluruh malaysia.
Selain cepat melatah, Muhyidin mencerminkan wajah sebenar UMNO-BN setelah mengeluarkan kenyataan bahawa pemberian insentif kepada guru-guru akan menyebabkan pembaziran dana.
Tetapi Muhyiddin seolah- olah lupa pada cita-cita umno barisan nasional untuk melaksanakan projek mega yang hanya menguntungkan kroni dan individu berkepentingan sahaja, umpamanya menara warisan merdeka.
“Dia emosi dan melatah. patut dia baca soalan habislah. baca betul-betul,semua untuk rakyat, kalau kita buat dia kata membazir. tapi sampai 5 bilion buat bangunan 100 tingkat tak membazir, untuk kroni tak membazir. untuk manfaat rakyat pula membazir,” katanya.
Beliau mengaskan, Pakatan Rakyat sudah meneliti pemberian tersebut akan diberikan kepada guru-guru yang mempunyai peranan besar dalam bidang pendidikan dan akan meneliti sektor awam yang lain untuk tujuan yang sama apabila pakatan berjaya berjaya menerajui negara dan seperti yang diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau ikut pemikiran dan tindakan pemimpin umno-bn memang tak mampu nak beri kerana mereka amalkan rasuah dan ketirisan dalam pengurusan. dia (Umno-BN) sengaja cabar kita. Padahal kita cakap 100 hari, kalau kita memerintah di peringkat pusat, macamana Muhyiddin ini jadi Menteri Pelajaran?”
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menyifatkan Umno-BN kini dalam keadaan terdesak malah tertekan dengan pendekatan Pakatan Rakyat merubah sistem pendidikan dengan pemberian insentif untuk golongan pendidik.
“Ini menunjukkan bahawa TPM dan Umno-Bn dalam keadaan terdesak dan tertekan untuk rela dalam perbincangan yang rasional ini dengan ketepikan hujah-hujah perubahan dalam dalam sistem pendidikan”
Tambahnya lagi, pemberian elaun tersebut tidak akan menjejaskan kewangan Kerajaan sekiranya negara mampu menangani rasuah, ketirisan dan penyelewengan dalam semua urusan.
“Kalau negara kita mampu tangani gejala rasuah, ketirisan, dan penyelewengan, kita memang tidak ada masalah kewangan untuk memberi elaun yang baik untuk mereka (guru),” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR, Mohd Nor Manuty pula menyifatkan Muhyidin sebagai ketinggalan zaman kerana gagal menerima aspirasi Pakatan Rakyat untuk mengangkat martabat golongan pendidik di Malaysia.
“TPM ketinggalan zaman, Aspirasi Pakatan Rakyat seperti yang tercatat dalam buku jingga pada kovensyen kedua tempoh hari antaranya ialah mengangkat martabat guru dengan meningkatkan elaun RM500 adalah satu janji yang akan ditunaikan sekiranya Pakatan menang dan berkuasa,” katanya.