Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 31, 2011

PRK Tenang perkukuh pemimpin BN hipokrit

Harakahdaily   
2011-01-31KUALA LUMPUR, 31 Jan: Pilihan raya kecil Tenang memperkukuhkan lagi anggapan bahawa pemimpin  Umno dan BN yang hipokrit dan lidah bercabang,  kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad (gambar) dalam satu kenyataannya.


"Bercakap dengan orang bukan Islam mereka memberi tahu PAS hendak tegakkan negara Islam, berhadapan dengan orang Islam mengatakan PAS sudah buang negara Islam kerana takut kepada DAP."

Parti Islam Semalaysia (PAS), katanya, mengucap tahniah kepada pengundi dan  semua petugas pilihanraya kecil Tenang dari kalangan  PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus untuk membantu calon Pas.

Semua penyokong Pakatan Rakyat bertungkus lumus  seolah-olah mereka yang bertanding. Pertolongan yang datang dengan ikhlas tanpa bantuan dan upah, malahan ada di kalangan mereka yang mengeluarkan wang poket sendiri untuk melancarkan jentera pilihanraya, katanya.

"PAS mengucap tahniah dan penghargaan kepada Cikgu Normala Sudirman yang mewaqafkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya kecil 31 Jan 2011 untuk mewakili PAS dan Pakatan Rakyat. Penghargaan khusus kepada Cikgu Maaruf yang memberi dorongan dan perangsang kepada Cikgu Normala sepanjang tempoh berkempen," kata Idris.

Tambahnya, isu untuk menjauhkan orang bukan Islam dengan PAS  masih gagal walaupun isu salam dan negara Islam. PAS juga berpandangan kempen BN hendak memburukkan perjuangan PAS di hadapan orang bukan Islam gagal.

"Pemimpin  Umno yang hipokrit dan lidah bercabang, bercakap dengan orang bukan Islam mereka memberi tahu PAS hendak tegakkan negara Islam, berhadapan dengan orang Islam mereka mengatakan PAS sudah buang negara Islam kerana takut kepada DAP," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular