Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 21, 2011

Pertahanan negara kini jadi lubuk 'duit' kroni tertentu - Dato Mahfuz Omar

"Kita tidak menafikan ada keperluan dalam pertahanan, tetapi kita tidak mahu menyalahgunakan wang rakyat akhirnya ada orang yang dapat keuntungan daripada peralatan ini,"

Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar menyifatkan pertahanan negara terus menjadi lubuk 'duit' kepada mereka yang rapat dengan serambi kuasa.

Beliau menggesa kerajaan menubuhkan satu badan bebas menyiasat dakwaan siapa yang benar sama ada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua atau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhubung pembelian kapal peronda yang lebih mahal. Bukan itu sahaja, termasuklah isu berbangkit dalam pembelian kapal terbang Shukoi, kapal selam Scorpene  dan terbaru kereta perisai dengan harga jauh lebioh mahal dari pasaran semasa.           

Katanya, pihak kerajaan khususnya TLDM harus menyiasat dakwaan Pakatan Rakyat dan tindakan hanya menafikan tidak mencukupi untuk menyatakan apa yang didedahkan itu tidak benar. Harga enam kapal peronda yang dikatakan lebih tinggi itu disifatkan Mahfuz sebagai pembelian yang tidak melalui tender telus, misalnya memanggil beberapa syarikat yang menawarkan harga yang lebih murah.

"Saya dapat agak, kita tidak membuat proposal untuk menawarkan beberapa harga yang boleh diberi oleh syarikat berkenaan dengan harga yang ditentukan terdahulu oleh pihak kerajaan atau TLDM, " katanya kepada Harakah.

Tambah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, kerajaan harus peka kerana pembelian peralatan pertahanan selalunya menelan jumlah yang besar baik Sukhoi atau Scorpene. Dengan itu, beliau mencadangkan perlunya ada mekanisma baru bagi mmebolehkan semua pembelian pertahanan terlebih dahulu dibuat oleh komiti di peringkat Parlimen.

"Maknanya kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisme baru mewujudkan satu jawatankuasa khas pembelian perolehan peralatan pertahanan ini, supaya pihak tentera yang membuat kajian yang mendalam terlebih dahulu.

"Kita tidak menafikan ada keperluan dalam pertahanan, tetapi kita tidak mahu menyalahgunakan wang rakyat akhirnya ada orang yang dapat keuntungan daripada peralatan ini," tegas beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular