Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 11, 2011

"Tutup Kedai, Balik India".. Mana? tak dengarpun dalam Video ni..


Video diakhir entry.. kalau korang berjaya tunjukkan akan ada satu lagi PRK!!

Mungkin kerana terasa dengan ayat “tutup kedai, balik India” (berita sila baca di SINI) Ahad lalu, Pemuda UMNO melalui Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Ng secara kasar terhadap pemilik restoran dengan menyita serta merampas barangan di premis itu tanpa sebarang perbincangan juga adalah tidak wajar.

Katanya "Beliau tunjuk sikap rakus... datang dengan gaya mafia dan mengarahkan penguatkuasa mengambil tindakan terhadap restoran terbabit," katanya kepada pemberita di sini.

Ng, yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, didakwa mengeluarkan ungkapan "tutup kedai, balik India" terhadap pemilik restoran berkenaan pada Ahad lepas.

Oleh itu Pemuda UMNO mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman terhadap peniaga nasi kandar Syed Kassali Mohamad Aliyar.

Dan semalam pula The Malaysian Insider melaporkan (baca di SINI) Setiausaha politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, yang didakwa berkata “tutup kedai, balik India” terhadap seorang pengusaha restoran nasi kandar di sini, bersedia untuk meletakkan jawatan jika ada bukti beliau mengeluarkan kenyataan berbaur rasis itu.

Ini berikutan pada minggu yang lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar agar memohon maaf berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ungkapan seumpama itu 2 Januari lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Ng, setiausaha politik kepada Ketua Menteri berbuat demikian dan menarik balik kata-kata unsur perkauman itu.

Ok.. kata Ng beliau akan letak jawatan kalau benar dakwaan itu.. dakwaan hendaklah disertakan dengan bukti kukuh seperti rakaman suara kalau setakat cakap-cakap saja tak payah nak dakwa..

Sekarang aku letakkan
VideoClip dari Pisau.net (blogger upahan UMNO) yang memaparkan akan insiden tersebut, cuba korang dengar ada atau tidak Ng berkata “tutup kedai, balik India”, kalau ada tulis dalam ruangan komen, pada minit keberapa beliau menyebutnya..

Dan
tunjukkan juga dimana sikap rakus dan gaya Mafia sebagaimana yang dikatakan mamak Reezal itu.. 

Popout
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular