LABIS, 26 Jan - Berikutan hujan lebat sejak semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin akan memindahkan beberapa tempat mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, sekiranya kawasan berkenaan dilanda banjir.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun itu, Md Asri Amir akan menilai dan membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk memindahkan tempat-tempat pengundian yang terlibat.
Hujan lebat melanda Tenang sejak beberapa hari ini manakala Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan sekejap-kejap
kadangkala lebat yang melanda beberapa kawasan di Johor dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
“Pegawai pengurus akan menilai keadaan melalui ketua-ketua pusat mengundi itu, sama ada kemungkinan berlaku banjir atau tidak pada hari mengundi.
“Dan kita beri jaminan bahawa keputusan tersebut (memindahkan tempat mengundi) akan dihebahkan kepada orang ramai melalui media lebih awal supaya para pengundi sedia maklum mengenainya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya akan mengadakan kajian terperinci dengan agensi-agensi berkaitan termasuk SPR, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Meteorologi sebelum merangka strategi khusus untuk menghadapi banjir sekiranya berlaku.
Beliau berkata, bilik gerakan di Markas Taktikal (Martek) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut beroperasi sebagai pusat maklumat bagi orang ramai mendapatkan maklumat mengenai banjir.
Sehingga kini, Mohd Mokhtar berkata 46 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Kampung Air Panas dan Dewan Orang Ramai Lembah Bakti.
PRK Dun Tenang yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman, pada Ahad ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN, 17 Dis lepas.
-Bernama

“Jika sekiranya akan berlaku, mungkin kita akan cari
tempat lain yang lebih selamat, yang lebih tinggi, tak ada banjir supaya tidak susahkan pengundi-pengundi.