Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 10, 2011

Mana peruntukan RM 1.72 juta termasuk untuk asrama anak yatim ?


Jeyakumar gesa siasat penyelewengan 
http://media1.malaysiakini.com/294/0a23d50d03801e37451d78e614788c46.jpgIPOH, 10 Jan.: Polis diminta supaya menyiasat isu berhubung salah guna wang rakyat berjumlah RM1.72 juta daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU) di Sungai Siput baru-baru ini. 

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar berkata, pihaknya memohon peruntukan itu bagi melaksanakan beberapa projek di kawasan itu, khususnya Sekolah Menengah (SM) Shing Chung, Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Sungai Siput dan asrama Anak Yatim Nurul Ihsan. 

Menurutnya, peruntukan itu juga telah pun diluluskan pihak ICU dan berdasarkan surat diterima pada 12 Oktober 2010, ICU mengatakan sehingga 25 Julai lalu peruntukan berkenaan telah pun disalurkan. 

“Bagaimanapun, apabila saya menghubungi penerima peruntukan itu, mereka mendakwa tidak menerimanya, sementara yang ada menerimanya kurang daripada jumlah asal. 

“Dua daripada penerima iaitu SK Sing Chung hanya memperoleh peruntukan RM2,000, manakala SK Methodist (RM2,500). Ini agak mengejutkan kerana asrama Anak Yatim Nurul Ihsan belum menerima sebarang bantuan kewangan daripada ICU bagi tahun 2010. 

“Saya berharap perkara ini dapat disiasat oleh polis bagi memastikan ke manakah pengaliran peruntukan itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap bekas Pegawai Kemajuan Negeri, Datuk Zainal Abidin Omar. 

Sementara itu, ketika dihubungi, Zainal Abidin berkata, perkara itu dalam tindakan pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Penasihat Undang-Undang juga telah menyediakan hujah bagi menafikan berlaku penyelewengan.SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular