Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 11, 2011

DUA WANITA DAN SATU LELAKI, BEREBUT KERUSI TENANG, DI JOHOR



Hampir pasti dan semakin pasti, BN turut mencalonkan wanitanya, Haslinda Salleh, 39. Hampir pasti tapi belum pasti ialah seorang calon lelaki bebas, G Sivanandan, 50,.

Ini menjadikan kerusi itu menjadi rebutan dua wanita dan satu lelaki. Jika PAS sah meletakkan Normala, satu kejutan bakal berlaku di Tenang kerana Normala yang baru sahaja meletakkan jawatannya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat adalah Ketua Dewan Muslimat Labis yang amat disenangi oleh penduduk tempatan.

Ibu yang mempunyai tiga anak dan bersuamikan seorang guru ini adalah anak tempatan kelahiran Ledang. Siapa yang tidak kenal Normala, berbanding Haslinda!

Yang pasti penduduk Tenang mulai berbisik sesama sendiri. Isu bisikan sesama mereka ialah mereka mahukan perubahan!

Sivanandan pula jika bertanding sebagai calon bebas adalah umpama perosak undi BN di kalangan kaum India.

Yakinlah pada kewibawaan Normala. Penduduk DUN tenang lebih mengenalinya. InsyaAllah, kejutan akan berlaku sama ada pada istilah menang atau pada istilah majoriti undi di DUN Tenang kali ini.

Jangan lupa, faktor Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran yang dikesan memujuk kaum guru menyokong dan memastikan kemenangan BN menjadi senjata makan tuan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular