Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 10, 2011

Baju Kurung Sekolah Ada Lambang Salib


Baju sekolah ada lambang salib

KAMPUNG ULU KRONG – Seorang ibu, di sini terkejut apabila melihat baju sekolah anak perempuannya ada lambang salib di bahagian depan dan belakang ketika menggosoknya.

Zainuddin Majid, 47, berkata, lambang itu dikesan oleh isterinya, Kathmah Awang, 45, semasa menggosok pakaian sekolah anaknya.

Menurutnya, lambang itu semakin jelas kelihatan bila digosok.

"Pihak syarikat yang mengeluarkan pakaian sekolah ini harus bertanggungjawab," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Manakala, Kathmah berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Hampir menitis air mata saya sewaktu melihat lambang ini dan terus memberitahu suami,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Selama, Datuk Mohamad Daud Mohamad Yusuf berkata, Zainuddin sudah mengadu masalah itu kepada beliau.

Menurutnya, sejurus selepas itu, beliau menghubungi Pejabat Hal Ehwal Pengguna.

“Namun jawapan daripada Pegawai Hal Ehwal Pengguna di luar jangkaan saya kerana menurut pegawai terbabit perkara berkenaan di luar bidang kuasa mereka,” katanya.

Mohamad Daud berkata, selepas itu, beliau menghubungi pula Pegawai Kementerian Dalam Negeri dan pihaknya akan membuat laporan siasatan berhubung perkara berkenaan.

Katanya, Diharap semua ibu bapa dapat memandang serius masalah itu kerana ianya melibatkan akidah umat Islam. -SH

Foto ehsan Krai Utara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular