Entah mengapa,semenjak dua menjak ini,persoalan pluralisme dan kemudiannya Syiah menjadi satu isu yang hangat dilaporkan dalam media arus perdana termasuklah pembentangan kertas kerja di Masjid Negara oleh bekas Presiden ABIM,Dr Yusri Mohamad baru-baru ini yang turut membabitkan nama Mursyidul Am Pas dan Perdana Menteri terlibat dengan ideologi pluralisme di Malaysia.
Mengapa isu pluralisme ini timbul kembali?Ini adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.Isu ini sebenarnya telah menghangatkan negara sekitar tahun 2006 yang lalu melalui kes pemurtadan Azlina Jalani (Lina Joy) dan penubuhan kumpulan IFC mengenai soal Artikel 11.Persoalannya sekarang,apakah itu Pluralisme?
Pluralisme agama membawa maksud satu fahaman bahawa semua agama di dunia adalah sama,dan tiada mana-mana agama tunggal yang ekslusif yang menjadi sumber kebenaran.Ini bermakna tiada beza antara Islam dan Kristian,tiada beza Budha dan Hindu begitu juga agama-agama lain.
Apapun,kedatangan berita pluralisme kali ini agak menimbulkan polemik dan pertikaian setelah pemimpin-pemimpin utama negara disabitkan dengan perjuangan pluralisme termasuklah Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Perdana Menteri sendiri,dengan alasan mereka menghadiri majlis keagamaan penganut agama lain.Pendapat ini walaubagaimanapun ditentang oleh Mufti Perlis,Dr.Juanda Jaya dan mantan mufti,Dr.Asri Zainul Abidin yang menganggap usaha menghukum seseorang sebagai penganut pluralisme dengan mudah adalah seperti cara Taliban di Afghanistan.
Perlu ditekankan bahawa,memang Islam menentang pluralisme tetapi menghukum si anu bin si anu itu sebagai seorang yang plural tanpa bukti adalah bersikap keterlaluan.
SERBUAN JAIS KE ATAS PENGANUT SYIAH
Seperti yang dilaporkan oleh media perdana beberapa hari lepas juga,diberitakan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat satu serbuan ke atas sebuah markaz penganut Hauzhah Ar Ridha di Taman Seri Gombak,Selangor yang menyakskikan seramai 200 orang pengikut ajaran tersebut ditangkap,termasuk pensyarah dan pelajar IPTA dan IPTS.
Kumpulan itu yang diketuai oleh seorang lelaki warga Iran dikatakan menganjurkan aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah di mana para pengikut mereka memukul diri dengan rantai sehingga berdarah bagi menyucikan dosa dalam diri,selain menghina dan mencaci isteri-isteri Nabi Muhammad,solat Jamak pada bila-bila masa selain mengunjungi makam Saidina Husain sebagai syarat masuk syurga.Berikut dipertontonkan video mengenai serbuan tersebut:
Popout
Dalam kes ini,penulis tidak mahu mengatakan siapa benar siapa yang salah,kerana jika penulis hendak catatkan bahawa Syiah itu menyeleweng,itu memerlukan pengkisahan sejarah dan fakta secara panjang lebar. Apapun,jika diikut dari segi perundangan negara,mazhab Syiah adalah satu mazhab yang tidak diiktiraf di semua negeri di Malaysia,malah dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan Lima sendiri ada mengangkat topik perbandingan mazhab antara Sunnah,Syiah dan Khawarij.
Apa yang menjadi persoalan di sini bukanlah persoalan siapa benar siapa salah,tetapi mengapa dalam keadaan kita cuba untuk menentang Syiah secara terbuka tetapi dalam pada masa yang sama kita seolah-olah mengiktiraf satu lagi ajaran yang mendakwa mereka adalah ajaran Bahai?
BAHAI DIIKTIRAF ATAU TIDAK?
Jika dilihat dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan Lima,dalam subtopik Akidah - Ajaran Sesat telah didedahkan beberapa jenis ajaran sesat yang telah dibawa masuk ke Malaysia iaitu Qadiani,Bahai dan Taslim.
Apapun,apa yang menarik untuk diperhatikan adalah Bahai (Bahaullah) yang mendakwa mereka sebagai agama termuda di dunia.Berikut diperturunkan secara ringkas mengenai Bahai (seperti yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan Lima):
BAHAI
(sempena nama pengasasnya Baha'ullah)
Pengasas : Husain Ali Al-Mazandari
(dibawa ke Malaysia oleh Yan Kee Leong pada tahun 1953)
Kesesatan:
1.Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah
2.semua agama adalah sama
3.Kitab mereka diberi nama Al-Bayan
4.menolak kewujudan neraka,syurga,malaikat dan mukjizat

Bahai merupakan salah satu dari beberapa agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama. Contohnya Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.
Agama Bahá'í adalah agama dunia termuda. Pengasasnya, Bahá'u'lláh menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Allah—seperti Musa, Krishna, Buddha,Zarathustra, Jesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb — mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá'u'lláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh sebab itu, walaupun Ajaran Bahá'í tidak digolongkan kedalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.
Perlu diperhatikan bahawa,ajaran pluralisme ini adalah asas utama yang digunapakai dalam Agama Bahai yang dianggap satu ajaran sesat.
Pesoalannya sekarang,adakah kerajaan mengiktiraf Agama Bahai atau tidak.
Jika Ya,malanglah kita apabila sibuk menghentam pluralisme sana-sini sedangkan Bahai adalah salah satu fahaman yang menganjurkan kesamarataan agama.
Jika TIDAK,mengapa kerajaan seperti mengiktiraf Bahai sebagai agama di Malaysia?
Sila lihat lampiran gambar di bawah:

Klik untuk paparan yang lebih jelas |
Ternyata,penulis juga baru "terperasan" akan kewujudan pilihan BAHAI dalam kebanyakan isian maklumat online kerajaan termasuklah dalam banci penduduk baru-baru ini dan terbaru,dalam isian Permohonan Masuk ke IPTA bagi lepasan SPM/STPM.
Adakah kita terlepas pandang atau Bahai memang diiktiraf?Kalau diiktrif,apalah guna menentang pluralisme kalau ia sudah lama diiktiraf?
Penganut Islam Sunni,
Kuala Lumpur.