Gerakan tendang Tengku Razaleigh keluar UMNO bermula!
USAHA untuk menendang keluar Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memang sudah lama dijangka. Ini berikutan Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li itu sering kali dilihat tidak sependapat dengan pemimpin atasan Umno.
Contohnya berhubung isu royalti minyak Kelantan, Ku Li sanggup mengadakan "road show" seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa pimpinan Umno bertindak zalim ke atas negeri Kelantan yang mempunyai 95% penduduk berbangsa Melayu apabila menafikan hak royalti negeri itu.
Pemimpin berpengaruh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang Kelantan itu dilihat membawa haluannya sendiri demi kepentingan Rakyat Kelantan. Namun usaha murni Ku Li ini dilihat sebagai racun dan perosak kepada Umno. Justeru itu gerakan menendang beliau keluar dari Umno sudah mula dilakukan.
Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia memainkan peranan penting di dalam gerakan ini. Imej Ku Li dirosakkan dengan khabar angin kononnya beliau dipelawa menerajui Pakatan Rakyat [Utusan]
Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan menyifatkan khabar angin ini sebagai lawak jenaka[Harakahdaily]
Sifirnya mudah, Ku Li harus digambarkan sebagai tidak setia, harus digambarkan sebagai pengkhianat kepada Umno. Maka pengkhianat harus ditentang, perosak harus ditendang.
ReJaM© "Nak duduk lama dalam Umno, wajib angguk arahan Rosmah..."