Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, August 3, 2011

PUNAHSIHAT PUNAHSIHAT KERAJAAN NAJIB YANG BAKAL BUAT NAJIB TERTONGGENG


2 orang Menteri yang menjadi penasihat Najib telah dipanggil oleh blogger UMNO sebagai Punahsihat......hangpa pi baca sendiri la,,
aku tak sanggup nak baca di.aku-tak-peduli


kerismudin.

hishamudin.
menteri amaran.
menteri amaran dalam negeri.

menteri CKMM ?
apa itu menteri CKMM ?

CKMM bermaksud 'cium keris mintak maap '..

hangpa boleh baca itulah ungkapan yang diberikan oleh blogger ternama UMNO gerakan-anti-pkr. kepada Menteri dalam Negeri dan meminta Hisyammudin meletak jawatan....

Apakah ini bayaran tunai di atas kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat yang berdemontrasi BERSIH pada 9 Julai lalu,,,

Bukan lagi pembangkang yang menyuruh mereka letak jawatan,,, tetapi penyokong mereka sendiri... Allah Hu Akbar... Baca dikerismudin-wajib-letak-jawatan.Manjung Mari


Tekanan ke atas Najib dari dalaman parti semakin hebat. Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO desak letak jawatan. Sekarang blogger UMNO yang selama ini setiap hari menyerang Pakatan sudah menghalakan serangan kepada Najib , Hishamudin dan Menteri tertentu yang kuat menyokong Najib.

Adakah ini kebetulan atau konspirasi yang dirancang. Siapa dibelakang blogger UMNO ini? Muhyidin dan Zahid mungkin tahu jawapannya. 
Admin



Kat Bawah ni Artikel dr Blogger UMNO
PUNAHSIHAT PUNAHSIHAT KERAJAAN NAJIB YANG BAKAL BUAT NAJIB TERTONGGENG

Nak bagi Najib syok...
Aku cuba tidak mahu komen banyak sangat pasal kabinet warisan Najib dari Dollah atau PUNAHsihat PUNAHsihat Najib yang saban hari memberi nasihat "pelingkup" pada Najib,tapi tak boleh tahan aku kena cakap juga.Najib nak dengar atau tidak itu dia punya hal..siapalah aku yang Najib nak dengar bila dia ada Nor Mohamed Yaakob @ mamak bendahara @ mamak MendeLIAR,bila dia senantiasa dipandu Idris Jala The Butcher yang hanya tahu negara akan Bankrap bila nak potong subsidi dan besuk bila umum ransangan berBillion we are okay dan ramai lagi PUNAHsihat PUNAHsihat lulusan lubang jamban yang menjadi kepercayaan Najib.



Macam Haramjadah muka MendeLIAR ni


Apakah Najib cukup yakin apa yang didengarnya dari PUNAHsihat PUNAHsihat ini adalah keadaan yang sebenarnya situasi semasa rakyat dan negara hari ini?Kalau maklumat yang diterimanya tepat dan sohih masakan rakyat masih lagi tidak berpuas hati.Aku bukan cakap pasal rakyat yang memang tak hargai apa juga kebaikan yang kerajaan dah buat selama ini.Aku cakap pasal sentimen rakyat marhaen yang selama ini berdiri teguh dibelakang dan menyokongkerajaan,rakyat macam aku,anda dan ramai lagi diluar sana.



Kalau kita yang menyokong ini pun tidak berpuas hati dengan tindak tanduk kerajaan kebelakangan ini apalagi yang tidak menyokong dan yang diatas pagar.Adakah sentimen ini yang Najib nak bawa kegelanggang untuk berjuang dalam PRU13 nanti?Kalau ini sentimen nya.. kalau pun tak kalah terlentang,menang pun nanti merangkak.


Aku tak tak tahulah apa spesis PUNAHsihat yang Najib duk letak katWAR ROOM yang banyak dia bentuk,tapi melihat spesis PUNAHsihat PUNAHsihat dan segala jenis ConSultan yang kita nampak hari hari katPEMANTAU PEMANDU,PEMUDAH,PEMUSNAH,PEMADAM,PENGINTIP,PENGGODA,dan macam macam PE lagi termasuk PEMANTAT,aku yakin itulah jugak spesis nya.




Takkanlah yang duk dalam WAR ROOM kat bawah sana boleh over rule keputusan Mamak MendeLIAR haramjadah NMY yang berkuasa bab duit dan Idris Jala yang berkuasa mencipta "akronim" yang akan tercatit sebagai Akronim Akronim Paling Mahal DiDunia dalam Guinness Book.




Aku percaya apa jua info sohih yang diperolehi melalui berbagai sumber risikan dan intel akhirnya menjadi tak berapa sohih bila terpaksa melalui PUNAHsihat dan ConSultan ini sebelum sampai ketelinga Najib.Yang akan sampai akhirnya "WE ARE OK SIR AND READY TO ROLL WHENEVER YOU ARE READY ".Mampussss...




Coba lepas baik lutut nanti Najib ikut aku atau siapa juga rakyat marhaen  pergi jalan jalan santai jumpa rakyat dan dengar keluh kesah hati mereka,macam yang pernah dilakukan Sultan Alauddin Riayat Shah santai santai pergi tangkap pencuri.Tak payah bagitau ramai orang,seorang dua UTK escort sudah,kita gi rempit dengan Easyrider.Kalau perlu menyamar tak mau orang kenal lagi baik.Kita lepak lepak kat warung dengar apa rakyat cakap pasal Najib dan kerajaan...baru betul.




Kalau nak walkabout dah dikompang awal dan dengan entourage,mati hidup balik takkan dapat cerita sebenarnya.Kalau walkabout tak dirancang sekalipun percayalah...semua ConSultans dah 200 meter kat depan survey line bagi nampak cantik semua.Belum sampai sudah dengar 1Malaysia,1Malaysia..(yg paling kuat jerit ConSultan lah)nak bagi telinga Dato Seri sedap dengar.Jadi bila cerita betul Dato Seri nak dengar?


Nanti dah keluar hospital calling calling saya,kita pergi JALAN JALAN CARI HAKIKAT DAN KENYATAAN. - Aku Tak Peduli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular