Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, August 2, 2011

Menjadi Warganegara Sekelip Mata

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia
2hb Ogos 2011

Mudahnya Menjadi Warganegara Malaysia

 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini. Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang,  2hb Ogos 2011. Pada masa tersebut  individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR). Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.


Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang  2hb Ogos 2011 : 


Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang  hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita  pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa  Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja.


Nama Mismah  terdapat dalam WEB SPR sebagai “Sedang Dalam Pameran Rang” seperti di bawah :

Mismah adalah individu yang telah daftarkan sebagai pengundi di Dun Ijok, Selangor walaupun beliau adalah seorang PR.  Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sedang mempamerkan maklumat bakal-bakal pemilih di seluruh negara sekarang ini.


Dewan Pemua PAS sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.  Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali. Dewan Pemuda PAS sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata. Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 petang maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara. Ini lah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini.

Dewan Pemuda PAS mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini. Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini. 

Suhaizan Bin Kaiat
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi
Pemuda PAS Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular