Grab the widget  IWeb Gator

Monday, August 1, 2011

Baru jumpa sekali.. Najib dah menggelabah

Pembangkang tidak seharusnya menggunakan isu pengangkutan awam dan pemandu teksi sebagai modal politik untuk meraih sokongan kerana ia melibatkan kepentingan awam.


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan pembangkang menggunakan isu yang dibangkitkan persatuan pemandu teksi untuk menghentam kerajaan tidak menguntungkan pihak berkenaan.


"Pengangkutan awam adalah isu kepentingan orang ramai, bukan isu untuk meraih kepentingan politik. Kerajaan mahu beri yang terbaik kepada industri pengangkutan awam di negara ini.


"Kita tidak wajar menjadikannya satu modal politik untuk hentam kerajaan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.


Beliau berkata demikan sebagai mengulas mengenai langkah pembangkang mengadakan pertemuan bersama persatuan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor pada Ahad.


Menerusi pertemuan berkenaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan untuk sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat sekiranya kumpulan berkenaan membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.


Mengulas mengenai isu itu, Syed Hamid berkata, pengusaha teksi dan pengangkutan awam darat lain seharusnya tampil ke suruhanjaya berkenaan bagi mengutarakan masalah yang dihadapi untuk diselesaikan.


"Saya mahu kita lihat pengangkutan awam sebagai isu kepentingan awam. Tanggungjawab kerajaan ialah untuk menentukan perkhidmatan pengangkutan awam efisyen di negara ini.


"Kalau ada masalah kita sentiasa terbuka, datang dan bertemu kita. kita bersedia untuk bertemu," katanya.


Sementara itu katanya, SPAD turut merancang mengadakan pertemuan dengan persatuan teksi berkenaan bagi mengetahui permasalahan yang mereka hadapi.


JuRaGan : Rilex la bro..baru jumpa sekali lu orang dah mengelabah..Najib dah
banyak kali bertemu dengan pemandu teksi PR tak heran pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular