Datin Seri Rosmah Mansor pun turut sama?
Apa punya Isteri nie??
Suami baru selesai menjalani pembedahan meletakkan otak di kepala lutut dan berehat di rumah, Isterinya pula sanggup meninggalkan suami di rumah semata-mata mahu menonjolkan diri di Majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong.
Apa dia ingat Malaysia ni tak ada Timbalan Perdana Menteri untuk mewakili Perdana Menteri dalam majlis tu kot??? - darisungaiderhaka
Agong berbuka bersama Ahli Kabinet, perwakilan asing03/08/2011 10:54pm
KUALA LUMPUR 3 Ogos — Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah hari ini berangkat ke majlis jamuan berbuka puasa bersama menteri Kabinet dan perwakilan asing di Istana Negara di sini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun tidak hadir pada majlis itu kerana sedang berehat selepas menjalani pembedahan lutut Isnin lepas.
Hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah serta Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri, Abu Zahar Ujang.
Antara menteri Kabinet yang hadir ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk, Seri Mustapa Mohamed.
Duta asing yang hadir termasuk dari Arab Saudi, Kuwait, Tanzania, Afghanistan, Iraq, Indonesia, Brunei dan Jordan.
Majlis berbuka puasa itu diikuti dengan solat Maghrib serta solat Isyak dan solat Tarawih yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad. — Bernama
PM keluar hospital, mulakan tugas minggu depan
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memulakan tugas minggu hadapan apabila dibenarkan pulang hari ini, selepas selamat menjalani pembedahan lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur, kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, Perdana Menteri yang dibenarkan pulang ke rumah tengah hari ini akan menyambung sesi pemulihan untuk beberapa hari lagi sebelum kembali bertugas.
"Para doktor pakar yang melakukan pembedahan turut berpuas hati dengan hasil pembedahan serta perkembangan pemulihan Perdana Menteri yang telah mula berjalan sejak semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib menjalani pembedahan 'arthroscopic' ke atas lutut kiri beliau Isnin lalu akibat kecederaan ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia di Putrajaya Mei lalu.