Grab the widget  IWeb Gator

Monday, August 1, 2011

Selangor Bakal Dirampas Dengan Bantuan Pendatang Asing

Dari blog "AMENO WORLD". Lihat sendiri bagaimana seorang bernama MISMAH yang mempunyai IC Merah, namun nama beliau terdaftar sebagai pengundi yang sah.

TUlang Besi mendapat banyak laporan bahawa aktiviti memberi IC kepada pendatang asing serta mendaftar mereka menjadi pengundi telah berjalan lebih 2 tahun kebelakangan ini.


Jumlah mereka ini sudah mencecah puluhan ribu dan nama-nama mereka sekarang berada di dalam senarai daftar pemilih.

Mengikut maklumat Tulang Besi dapat, perkara yang sama juga berlaku di negeri2 lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Perlis dan Penang.

Pendek kata negeri2 yang Barisan Nasional dalam bahaya, aktiviti mendaftar pendatang asing berjalan dengan begitu aktif.

Maka, pada Pakatan Rakyat di Selangor dan terutamanya kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid, kalau perkara ini tidak dibenteras sekarang, bersedialah untuk mengosongkan bangunan SUK kerana tidak mungkin pendatang2 asing ini akan mengundi PAkatan Rakyat.

Berhenti buat program2 yang berbentuk syok sendiri dan buat sesuatu untuk membersihkan Daftar Pemilih dengan kadar segera.

Selangor negeri kaya dan Selangor ada rekod setiap rumah yang ada di dalam negeri Selangor ni. Tiada masaalah bagi kerajaan Selangor melakukan operasi membersihkan daftar pemilih dari sekarang.

Kalau tak percaya, silalah rujuk artikel terdahulu Tulang Besi berkaitan aktiviti pemberian IC kepada pendatang asing yang bertajuk "Pembantu Shaberry Chik Ditangkap Memberi IC kepada Pendatang Asing?"

Tulang Besi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular