Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, July 31, 2011

Itu bukan jawapan nya wahai Rosmah


JAWAPAN ROSMAH – MELEPAS BATUK DI TANGGA
Saya gembira apabila terbaca khabar Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah menjawab tandatanya rakyat mengenai cincin bernilai jutaan ringgit yang didakwa dibeli olehnya. Walaupun saya, seperti juga rakyat lain menanti begitu lama, namun kami lega apabila ia terjawab.
Tetapi membaca laporan sepenuhnya menukar kegembiraan itu menjadi kekecewaan.
“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).
“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah…. apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).
“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya sebagaimsns dipetik Berita Harian Online.
Bagi saya itu bukan jawapan.
Saya bukanlah hendak mendengar Rosmah berkata, “Ya, saya membeli cincin itu…” dan kemudian baru menganggapnya jawapan sebenar. Bukan itu. Yang saya maksudkan biarlah jawapan itu setimpal dengan tuduhan. Ini bukan isu kecil. Ia benda besar, bukan saja dari segi nilai ringgit tetapi juga kerana kedudukan Rosmah sendiri sebagai isteri PM.
Beban pembuktian memang terletak pada pihak yang menuduh. Tetapi itu bukan alasan untuk mengambil mudah tuduhan tersebut.
Sebagai isteri, Rosmah membawa bersamanya reputasi suaminya. Kalau mengikut hukum tidak rasmi dalam institusi kekeluargaan, sekali isteri kena, dua kali suaminya sakit. Ertinya, bagi setiap suami yang bertanggungjawab, apa juga perkara buruk yang diperkatakan mengenai isterinya, dia akan lebih merasai impaknya berbanding si isteri itu sendiri.
Jadi dalam isu ini, Rosmah sepatutnya lebih bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa dia sememangnya difitnah. Secara tidak langsung beban pembuktian itu kini turut dipikul olehnya sebab dia mendakwa pihak lain memfitnahnya.
Saya rasa Rosmah akan lebih dihormati kalau dia dengan tegas bertindak menyaman pihak yang membuat dakwaan itu. Setidak-tidaknya dia mencabar bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang menuduh.
Ini tidak, sekadar berkata ia fitnah yang tidak perlu dilayan, satu jawapan yang boleh diberikan waimma oleh budak-budak yang belum akil baligh. Takkanlah standard Rosmah sama dengan budak-budak di tadika PERMATAnya.


rontogdaily 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular