Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, August 4, 2011

PANAS!! Najib dan Taib Mahmud buat skandal antarabangsa lagi

Kerajaan Persekutuan dan Sarawak digesa menjelaskan tindakan membelanjakan jutaan ringgit wang pembayar cukai dengan melantik Syarikat Britain bagi menjalankan kempen media secara haram.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata demikian sebagai respon kepada laporan blog Sarawak Report yang mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak melantik sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media.


Sarawak Report sebelum ini mendedahkan bahawa firma itu dibayar RM 15 juta setahun oleh kerajaan Sarawak untuk menjalankan kempen media secara haram bagi mempromosikan dasar-dasar mereka.




“Blog tersebut mendedahkan bahawa FBC Media dibayar sebanyak RM15 juta setahun oleh Kerajaan Sarawak.


Ini berikutan pendedahan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan menerusi Pejabat Perdana Menteri telah membayar sebanyak RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009.


“Sementara RM42 juta lagi dibayar untuk “Public Affairs and Government Services and Strategic Communication, Public and Press Outreach” mengikut bajet tambahan terkini,” kata beliau yang juga Adun Seri Setia.


Dalam pada itu, beliau memberitahu FBC Media turut membayar syarikat perunding Israel, APCO untuk mempengaruhi Amerika Syarikat bagi pihak kerajaan Malaysia.


“Dokumen-dokumen kerajaan Amerika Syarikat turut mendedahkan bahawa FBC Media membayar APCO sebanyak AS$70,000 (RM230,000) sepanjang dua tahun lepas untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Kerajaan Malaysia,” katanya.


Tambahnya, tindakan FBC Media itu sama sekali bercanggah sebagai penerbit TV dan firma komunikasi yang menerbitkan program berat sebelah bagi penyiaran antarabangsa.


“Peranan bercanggah FBC Media sebagai penerbit TV dan firma komunikasi strategik menimbulkan persoalan memandangkan mereka menerima bayaran daripada Kerajaan Persekutuan dan Sarawak untuk menerbitkan program TV yang berat sebelah dan ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC,” ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular