Begitulah dengan tektik jahat lagi tidak bermaruah dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha untuk membantu kemenangan kepada UBN secara jahat dan hina.
Pendaftaran pendatang haram sebagai warganegara ini kemudian mendaftar mereka sebagai pengundi mengesahkan apa yang dilaungkan oleh parti oposisi dan Bersih selama ini, bahawa pilihan raya negara ini tidak bersih dan putih. Satu demi satu atau sekelompok demi sekelompok nama-nama mereka didedahkan.
SPR bermula dari Pengerusinya, Abdul Aziz Yusuf membawa kepada timbalannya Wan Ahmad Wan Omar tidak perlu memejam mata lagi. Mereka bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Wajar kalau mereka membersihkan diri dengan meletak jawatan. Atas pendedahan perbuatan busuk itu mereka perlu bertanggungjawab.
Kalau mereka terus cuba hendak mengatakan kentut dan tahi tidak busuk, tidak tahulah apakah mereka berdua ini masih ada maruah. Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa mengawal atau melantik suruhanjaya itu juga perlu berbuat sesuatu. Secara tidak sedar kini kuasa dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong juga sudah dinodai.
Baik Aziz dan Wan Ahmad bermati-matian mengatakan tidak ada penipuan dalam senarai pilihan raya dan kononnya pilihan raya di negara ini berjalan dalam keadaan baik dan adil. Nah.. dengan pelbagai pendedahan yang dibuat itu menjelaskan apa yang mereka katakan tidak benar dan bohong belaka. Pengakuan mereka selama ini sudah terbongkar dengan meluasnya, menyebabkan mereka sudah tidak ada sudut untuk berlindung lagi.
Rasanya bukan saja rakyat yang menegtahui akan menyedari akan pembohongan SPR itu tetapi isteri, anak-anak dan waris waras mereka - Aziz dan Wan Ahmad juga mengetahuinya. Mungkin dimeja makan atau semasa di dalam kamar tidur mereka juga diasak oleh isteri supaya tidak membohongi rakyat dan minta menghentikan perbuatan terkutuk itu.
Bagi saya kalau mereka masih terus tercokoh di situ, merekalah seburuk-buruk dan sehina-hina manusia. Mereka lebih teruk daripada haiwan pemangsa. Haiwan pemangsa pun kalau dikutuk, dipetut (halau) akhirnya mereka akan menyingiraikan diri meninggalkan tempat bangkai yang mereka datangi.
Dengan apa lagi mereka hendak menutup muka mereka.
Berkali-kali mereka mengatakan kalau oposisi ada bukti menunjukkan ada pengundi hantu, mereka seolah-olah mengambil risiko yang boleh merugikan diri dan kehidupan mereka. Cabaran itu kononnya menunjukkan mereka manusia yang bermaruah dan ada air muka. Kini semuanya sudah terdedah dan mereka tidak perlu berlenggah lagi untuk mengambil risikonya.
Kini sudah ada semuanya yang mereka nafikan itu. Sudah jelas program pemutihan yang dilakukan ke atas Pati menjelang pilihan raya itu adalah tali hayat untuk memastikan kemenangan Umno. Mereka bukan saja pengundi upahan untuk mendapat kemenangan, tetapi mereka juga sudah mendapat nikmat yang tidak wajarnya mereka perolehi.
Usahkan berpuluh ribu kalau seorang saja Pati - bukan warga negara ini terlibat dalam pengundian ia menyebabkan pengundian itu bukan tulen lagi. Pilihan raya itu sudah menjadi tidak sah. Tidak ada mana-mana negara di dunia ini memberi hak dan kuasa kepada rakyat negara asing. Kecualilah dengan yang pemimpinnya bebal kerbau. Pemberian itu juga bukan saja setakat mencemari tetapi menoda akan kedaulatan negara dan rakyat negara ini.
Tidak tahulah dari sumbu mana kerajaan pimpinan perdana menteri sakit lutut ambil dan gunakan sehingga boleh menghalakan pendatang tanpa izin mengambil bahagian di dalam pengudian alis pilihan raya di negara ini. Mungkin beliau sudah hilang semangat patriotik kalau tidak masakan beliau tergamak membiarkan agen-agennya; Pejabat Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalukan perbuatan bersifat Mahathir Mohamad itu.
Dalam hubungan ini bagi saya kalau pencemaran dan pencabulan ke atas hak rakyat dan negara ini yang dilakukan oleh manusia bajingan itu tidak diatasi, rasanya baik oposisi pulaukan sahaja pilihan raya. Tidak ada gunanya menyertai pilihan raya yang sudah jelas tidak adil kerana perbuatan begitu samalah dengan menipu diri sendiri.
Apakah pembangkang merasa takut untuk berbuat demikian? Sebenarnya tidak ada guna sedikitpun kepada pembangkang untuk mempertahankan kuasa dan kedaulatan yang dinodai. Keburukan tidak perlu dipelihara lagi. Janganlah pulau pilihan raya sesudah kalah kerana ia tidak membawa apa-apa erti pun. Tindakan dan sikap begitu juga kelak orang akan menuduh oposisi tak ubah seperti musang yang tidak dapat anggur dengan mengatakan anggur itu masam. [wm.kl.11:00 am 03/08/11] - MSO