shamsuliskandar Shamsul Iskandar
RT @NajwanHalimi: Kenyataan Najib Razak menunjukkan yg beliau tidak menyokong bantahan rakyat Mesir. Juga tiada desakan agar Mubarak berundur. #APCO #Israel
Biar rakyat Mesir tentukan masa depan: PM
2011/02/03
KUALA LUMPUR: Rakyat Mesir perlu dibenar menentukan sendiri pemerintahan negara dan masa depan mereka, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, tidak perlu berlaku sebarang kekerasan hingga ada rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa
"Rakyat hanya memikirkan soal kepimpinan kerajaan Mesir. Seperti kita amalkan tentulah kehendak rakyat diutamakan dan penyelesaian di Mesir mesti berpaksi kepada kehendak rakyat negara itu sendiri.
"Mesir tidak memerlukan campur tangan negara asing untuk menyelesaikan kemelut mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan di sini, hari ini.
Perdana Menteri diminta menyatakan pendirian Malaysia berhubung pergolakan politik di Mesir.