Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 22, 2011

ISA: Mahkamah dengar permohonan PM batal saman

Mahkamah akan mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lima yang lain untuk membatalkan saman RM200 juta yang difailkan oleh dua bekas tahanan akta ISA, M Manoharan dan P Uthayakumar, pada 23 Mac ini.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Harmindar Singh Dhaliwal.

NONE
Harmindar menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan Manoharan yang mewakili dirinya sendiri dan Uthayakumar, dan Peguam Kanan Persekutuan Diar Isda Yazmin Ismail yang mewakili semua defendan.

Bercakap kepada pemberita, Manoharan berkata Harmindar akan mendengar kes itu kerana Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham, yang pada awalnya dijadualkan mendengar kes itu, telah menarik diri daripada mendengar kes itu atas alasan beliau pernah menjadi rakan sekelas Najib.

Manoharan juga berkata mahkamah telah memerintahkan kedua-dua belah pihak untuk mengemukakan hujahan bertulis sebelum pendengaran itu.

Dalam permohonan untuk membatalkan saman itu, Najib dan lima lagi defendan berkata saman yang yang difailkan oleh Manoharan dan Uthayakumar pada 9 Disember tahun lepas adalah remeh dan menyusahkan dan melanggar proses mahkamah.

NONE
Dalam saman itu, Manoharan dan Uthayakumar menamakan Najib, bekas Perdana Menteri TunAbdullah Ahmad Badawi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, superintendan Pusat Tahanan Taiping dan kerajaan sebagai defendan.

Kedua-dua mereka, masing-masing memohon ganti rugi RM100 juta dan faedah tahunan 8 peratus atas alasan mereka ditahan secara salah selama 514 hari dari 13 Disember, 2007 hingga 9 Mei, 2009.

--Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular