Sebenarnya aku teringin untuk mencari artikel untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang isu kenaikan harga minyak ni.
Kenapa di pilih ron97? Apa kaitan dengan subsidi? kemana pegi duit Petronas? Bagaimana masa Anwar pegang Menteri dulu minyak tak naik?
Bagaimana Negara pengeluar minyak lain mampu menjaga harga minyak mereka murah tetapi Malaysia tak mampu? macam2 lagi persoalan yang aku cari tapi tak jumpa lagi. kalau korang tau mohon share dengan aku.
Tapi dalam aku mencari2 tu terjumpa benda menarik untuk di share kat sini. Patut la kebanyakan pemimpin wanita UMNO tak bertudung. rupanya ada orang yang menyarankan buat macam tu.. "Terima kasih" kerana menyesatkan rakyat Malaysia..
1. "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
2. "Tetapi apa guna tudung kepala tapi rogol anak - tolong suami rogol anak. Tengok masuk dalam mahkamah (ber)ketayap, (ber) kopiah putih, isteri pakai tudung kepala. Tapi buat kerja apa?"(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
3. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
4. "Yang salah ialah kita kerana mengutamakan penutupan aurat dan bukan pencegahan jenayah nafsu seks yang merupakan tujuan utama ajaran Islam.(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
5. "Menutup aurat di kepala mempunyai tujuan yang sama dengan menutup aurat, iaitu untuk mengelak daripada berlakunya jenayah seks. Tiada siapa yang melarang amalan ini, tetapi ramai yang ingin memaksa lebih daripada yang disuruh sehingga anak kecil dan orang tua juga mesti menutup mereka. Dan jangan kita lupa orang yang menutup kepala juga melakukan jenayah seks tidak kurang daripada yang tidak menutup kepala. Sebabnya ialah kerana kita mengutamakan menutup kepala dan bukan pencegahan jenayah. Asalkan kita menutup kepala, sempurnalah amalan kita".(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).