Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 3, 2011

Abdullah Ubai - Apakah UMNO Munafiq???

KISAH MASJID DHIRAR


Gambar: Tapak masjid dhirar yang bersebelahan dengan Masjid Quba’ yang ditandai dengan beberapa biji batu besar.

Sebelum datangnya Nabi SAW ke Madinah ada seorang tokoh Khazraj bernama Abu Amir Ar-Rahib yang telah memeluk Nasrani pada zaman jahiliyah dan mempelajari selok belok agama berkenaan sehingga dia digelar ar-Rahib (pendeta).

Setelah hijrahnya Rasulullah SAW dan kaum Muhajirin, kemudian kemenangan umat Islam dalam Perang Badar, Abu Amir merasa kecewa. Dia merasa sakit hati lalu keluar dari Madinah menuju ke Makkah menghasut kaum musyrikin agar menuntut bela atas kekalahan mereka dalam Perang Badar. 

Dalam Perang Uhud, Abu Amir menyertai pasukan musyrikin Makkah. Walaupun umat Islam kehilangan 70 pejuang yang mati syahid, umat Islam hakikatnya bertambah kuat. Kesilapan yang berlaku dalam Perang Uhud menjadi pengajaran buat semua.

Akhirnya Abu Amir lari ke Damsyik menghadap Heraclius Kaisar Romawi meminta bantuan bagi menghancurkan kekuatan Islam. Raja Rom memberi harapan kepadanya bahawa Madinah pasti diserang. Lalu Abu Amir berutus surat kepada kaumnya daripada kalangan Ansar yang berjiwa munafik tentang khabar semasa.

Maka atas saranan Heraclius Kaisar Romawi maka disepakatilah untuk membangun tempat untuk memantau jamaah kaum muslimin, dan supaya tidak mencurigakan bagi pergerakan mereka, maka dibangunkanlah sebuah masjid untuk memantau kegiatan mereka.

Beberapa ahli tafsir menjelaskan seramai 12 orang munafik yang menyertai pembinaan masjid dhirar ini diketuai Abdullah Ubai. Setelah siap, mereka mengundang Rasulullah SAW untuk hadir bersolat di masjid ini, sebagai tanda restu baginda. Baginda SAW ketika itu menolak kerana dalam perjalanan menuju Perang Tabuk.

Dalam perjalanan pulang, baginda diajak sekali lagi untuk ke masjid berkenaan. Ketika itulah turun wahyu yang melarang baginda dan rombongannya singgah dan bersolat di dalamnya.

Menurut al-Quran surah at-Taubah ayat 107 (yang beriringan dengan ayat berkenaan Masjid Quba’), tujuan pembinaan masjid dhirar ada empat iaitu : membahayakan keselamatan orang Islam, mengukuhkan keingkaran puak munafik, memecahkan perpaduan orang Islam, dan sebagai tempat musuh mengintip umat Islam.

Firman Allah SWT :


“Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata : “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta”.(QS at-Taubah/ 9 :107-108)

Sudah tentu sesudah itu Rasulullah SAW membatalkan hasrat menuju ke masjid berkenaan. Bahkan baginda memerintahkan agar umat Islam membakar masjid berkenaan. Orang yang diarah baginda ialah Malik bin Dukhsyum dan Ma’an bin Adi atau Ashim bin Adi.

Mereka yang menerima arahan tersebut berangkat ke Quba’ dan setiba di sana mereka mengumpul daun-daun dan pelepah kurma yang sudah kering sebagai bahan bakar bangunan masjid berkenaan. Mereka membakarnya pada waktu antara maghrib dan isyak.

Cerita Berkaitan di [ SINI ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular