Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 12, 2011

Umno Perak Memang Bermasaalah...


Ramai tolak Maslin 
IPOH, 12 Jan. : Dewan Pemuda Pas Perak menyifatkan pertukaran Ketua Pemuda UMNO membuktikan pergerakan itu memang menghadapi masalah apatah lagi terdapat desakan hampir 18 Pemuda UMNO Bahagian di Perak menolak Maslin Sham Razman sebagai ketua, sekali gus menjelaskan berlakunya pergelutan dalaman Pemuda UMNO Negeri. 

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mengalu-alukan pelantikan Khairul Azwan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru dan merakamkan ucapan tahniah serta berharap imej buruk Maslin Sham selama memimpin Pemuda UMNO Perak tidak berulang. 

“Kita berharap Khairul Azwan dapat menyelesaikan krisis keyakinan hampir 18 Pemuda UMNO Bahagian di Perak untuk kembali memberikan sokongan kepada beliau,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin. 

Raja Ahmad berkata, Pemuda Pas difahamkan, desakan pengunduran itu bukan sahaja dalam kalangan pemimpin Pemuda UMNO tetapi turut disertai beberapa pemimpin Pemuda Barisan Nasional (BN). 

Beliau berkata, terdapat sumber dalaman Pemuda BN memberitahu desakan itu juga disebabkan kelemahan kepimpinan di bawah Maslin Sham yang hanya sekali sahaja mengadakan mesyuarat. 

Menurut beliau, dengan pelantikan Khairul Azwan sebagai ketua yang baru, Pemuda BN mungkin dapat menjalankan mesyuarat mereka selepas ini dengan lebih baik. 

Katanya, Khairul Azwan yang menjadi orang kepercayaan Menteri Besar (MB), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memegang beberapa jawatan penting dalam Kerajaan Negeri perlu membuktikan kemampuan memimpin Pemuda UMNO Negeri. 

Kelmarin, penyerahan tugas secara rasmi Ketua Pemuda UMNO Perak telah diadakan di hadapan MB oleh Maslin Sham kepada Khairul Azwan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular