Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 12, 2011

Siapa pengecut?


Anwar cabar Najib ... tiada jawapan, Keputusannya .. Najib pengecut.
Kali ini Nazri cabar Anwar ... Keputusannya .. sedang di nantikan ...
-------------------------
Nazri Cabar Anwar Debat Isu Apco
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.

Nazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

"Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu," kata Nazri dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. [lagi]
-----------------------------------
Debat sambil mendedahkan .. Kita tengok sapa kantoi ..
Teringat aku masa Shabery dan Anwar berdebat dulu ... Wakakak Shabery Kantoi ....
Debat debat gak .. kena letak syarat .. Jangan nanti ayam jaguh lari lintang pukang keluar pagar ... Wakakak !!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular